Pelakon Catriona Ross berkongsi peringatan buat dirinya dalam membuat amal kebajikan.
Menerusi foto yang dimuat naik, jelas dinyatakan tiada keperluan untuk mengambil foto bersama keluarga susah dan membuatkan mereka berasa malu.
Malah, diterangkan juga bahawa untuk membuat kebajikan, hanya tinggalkan sumbangan di depan pintu, ketuk sekadar makluman dan terus pergi.
Ads
“That’s how to give Charity. Just put it on the door, knock the door and leave. No need to take selfie with the poor family and make them feel embarrassed,” tulis bintang Cindai ini.
Lalu, netizen turut bersetuju dengan padangan yang dikemukakan, namun ada yang berpendapatan, tidak menjadi kesalahan andai wakil yang memberi sumbangan mengambil gambar sekadar sebagai bukti penerimaan kepada penderma.
Istimewa buat penggemar drama Korea, anda kini boleh menyaksikan siri yang paling memberi impak dan mendapat sambutan, The World of the Married mulai esok menerusi platform penstriman dimsum entertainment.
Dekat dengan jiwa penonton, The World of the Married mengisahkan tentang seorang doktor bernama Ji Sun-Woo yang memiliki sebuah kehidupan yang hampir sempurna.
Sungguhpun memiliki segala-galanya, namun Ji Sun-Woo bagaimanapun mengesyaki bahawa suaminya, Lee Tae-Oh main kayu tiga.
Hal ini kerana, Ji Sun-Woo terjumpa pelembab bibir berona merah di dalam kocek jaket suaminya.
Benar seperti yang dijangka, Ji Sun-Woo mendapati bahawa suaminya itu sedang berlaku curang. Lebih memburukkan keadaan, suaminya selingkuh dengan rakannya sendiri. Sejak daripada itu, kehidupan mereka suami isteri mula berubah.
Untuk rekod, The World of the Married merupakan adaptasi drama siri dari Britain, Doctor Foster yang pernah disiarkan di BBC One pada tahun 2015 dan 2017.
Doctor Foster dibintangi oleh Suranne Jones dan Bertie Carvel
Tersedia untuk distrim bermula 1 Mei 2020, The World of the Married membariskan pelakon-pelakon popular seperti Kim Hee-Ae, Park Hae-Joon, Han So-Hee dan Park Sun-Young.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Alif Satar dan Raihan kini berduet kembali dengan single ‘cover’ terbaru sempena dengan kehadiran Ramadan tahun ini.
Selepas kejayaan Sesungguhnya2019 pada ramadan lalu, Alif Satar yang sememangnya meminati kumpulan nasyid, Raihan merakam kembali single Damba CintaMu.
Menurut Alif, dia memilih lagu terbabit kerana ia merupakan antara lagu kegemarannya ketika mendengar lagu-lagu dendangan Raihan dan ia cukup memberi kesan keinsafan dalam mencari cinta kepada tuhan.
“Susunan lagu ini di buat untuk memberi impak yang sangat kuat. Melodi lagu asal ini lebih kepada ‘accapela’ tetapi kali ini sususan lagu dan melodi di buat dengan lebih segar dan moden kerana liriknya sahaja sudah cukup bermakna.
“Ia dibuat oleh ahli-ahli band Alif iaitu The Locos.Penggunaan alat muzik sangat sesuai pada tempatnya dan secukup rasa tidak berlebihan.
“Bunyi drum yang bersahaja tetapi ada dinamiknya bila tiba masanya. Gitar dan bass juga bersesuaian dan tentunya bunyi clarinet yang seolah-olah menangis.
“Kami tidak sempat menyiapkan video muzik lagu ini namun kami persembahkan lirik video untuk tayangan di platform YouTube. Menariknya, lirik video kali ini seolah-olah ada kena mengena dengan apa yang kita sedang lalui sekarang,” kongsi Alif.
Pada masa sama, lirik video turut menyelitkan bait lirik dalam bahasa Inggeris bagi kemudahan semua.
“Lirik video kali ini juga, kami menyediakan sarikata Bahasa Inggeris bagi bait-bait lirik untuk memudahkan orang yang tidak memahami Bahasa Melayu.
“Lebih menarik lagi,kami menggunakan khidmat seorang selebriti wanita terkenal dan sempat merakamnya terlebih dahulu sebelum perintah kawalan pergerakan di umumkan,” jelasnya lagi.
Terdahulu, muzik video lirik Damba CintaMu yang menampilkan pelakon, pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa nyata mencuri tumpuan.
Neelofa yang dirakam sedang merintih berdoa ternyata membuatkan ramai tersentuh dan rata-rata peminat memuji pemilihan Neelofa sebagai subjek utama dalam muzik video berkenaan.
Menurut Raihan pula, Damba CintaMu merupakan lagu yang dicipta Abu Bakar (anggota Raihan) pada tahun 1997.
Lagu ini berkisar tentang pengakuan secara terus terang kita sebagai hamba kepada Tuhan yang Esa.
“Sebagai manusia yang biasa kita kadang-kadang buat baik,kadang kala kita tidak sengaja dan kita terlupa siapa diri kita sebagai hamba Allah. Ada kalanya kita sengaja berbuat dosa,sedangkan kita tahu Allah Maha Melihat & Maha Mengetahui.
“Tapi rahmat dan pengampunan Allah itu maha luas.Jangan sesekali kita berputus asa dengan rahmat Allah. Selepas berbuat salah kembalilah bertaubat kepadaNYA.
“Walaupun berulangkali berbuat salah tetaplah kembali semula bertaubat kepada Allah swt.Kita takut kepada Allah tetapi kita mengharap pada Allah. Kita tiada pilihan selain kembali kepadaNya,” akui Raihan.
Sementara itu menurut Abu Bakar, dia berasa bersyukur kerana lagu ini kembali didengari pada tahun 2020 dan sangat berterima kasih kepada Alif Satar dan sahabat-sahabat Raihan atas kerjasama ini.
“Cuma saya agak sedih kerana seminggu sebelum lagu ini direkodkan, ibu saya telah kembali ke rahmatullah.
“Jadi jika ada kebaikan, jika ada yang mendapat hidayah, jika ada yang memeluk islam setelah mendengar lagu in,saya hadiahkan semua semua pahala yand ada pada ibu saya Hjh Raden Ramlah Bte Raden Haji Ali…. Amin,” titip Abu Bakar.
Damba CintaMu telah berada di semua platform streamingbermula 27 April 2020, Isnjn lalu.
Manakala lirik video juga ditayangkan pada tarikh yang sama di YouTube. Alif sebelum itu telah pun mengeluarkan ‘teaser’ lagu ini pada hari pertama ramadan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Wawasan 2020 bukan seperti dalam jangkaan setiap rakyat Malaysia.
Kongsi Idzham Ismail, rupanya tahun yang dinantikan satu Malaysia bukan untuk mengukur kemajuan di ruang udara, sebaliknya untuk kemajuan minda.
Jelasnya, sebelum ini ada yang sering menolak ajakan mencuci mata di bazar Ramadan, malah jarang sekali kaki menjejak masjid bagi menunaikan solat sunat tarawih.
Namun krisis pandemik yang melanda menyebabkan hilang segala kemeriahan yang dahulunya sering dinantikan setiap umat Islam,” kongsi Idzham.
Jelas bintang Juvana ini lagi, apa yang berlaku bukanlah hukuman namun pengajaran untuk lebih menghargai setiap di depan mata.
“Tiada bazar, tiada tarawih, malah tiada lagi kunjungan ke rumah saudara mara.
“Tiada lagi bazar sebelum berbuka. Tiada lagi terawikh bersama. Tiada lagi kunjung mengunjung rumah sanak saudara. Tiada lagi kemeriahan yang sepatutnya.
“Dulu, Ajakan ke bazar penuh alasan sahaja. Jarang sekali ke masjid berterawikh di bulan puasa. Hanya menghargai pagi raya pertama. Berat kaki untuk mengunjung sanak saudara.
“Meriah yang dinanti sebulan berpuasa kebanyakan pagi raya pertama sahaja.
“Tahun ini, bukan lah satu hukuman, tetapi satu pengajaran untuk kita, untuk sentiasa lebih menghargai yang masih ada, masa , diri kita.
“Tahun 2020 yang dinantikan satu Malaysia, bukan kemajuan di udara, untuk minda kita rupanya,” kongsinya.
Terdahulu, kerajaan memutuskan tidak membenarkan sebarang bentuk bazar atau gerai dilaksanakan sempena Ramadan kali ini sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ia dibuat bagi mengekang penularan COVID-19 secara menyeluruh.
Foto : Instagram Idzham Ismail
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!