Amboi… hebat betul penangan watak Aisyah dalam drama Nur. Walaupun sudah lama drama itu tamat namun penangannya hingga ke hari ini masih terasa.

Kalau sebelum ini, pelakon watak tersebut, Noorkhiriah ada memuat naik beberapa video meminta maaf kepada netizen yang ’emosi’ saat menonton drama tersebut, tetapi kali ini berlainan pula kisahnya.

Semalam, dia ada memuat naik beberapa foto menunjukkan ada segelintir netizen yang masih tidak boleh ‘move on’ dengan watak antagonis tersebut hingga ada yang sanggup ‘DM’ kata-kata makian terhadapnya.

Hanya Kerana Watak ‘Ecah’, Noorkhiriah Dimaki Netizen, Cuma…

IKLAN

Namun begitu, foto tersebut kemudian dipadam namun kemudiannya di’upload’ semula di ruangan Insta Story miliknya.

Hanya Kerana Watak ‘Ecah’, Noorkhiriah Dimaki Netizen, Cuma…

Kemudian, Noor Khiriah memuat naik pula foto baru beserta kapsyen meminta supaya netizen ‘move on’.

IKLAN

“Please move on, tak kisahlah dari cerita apa-apapun . Sesiapa yang maki tu kot sukalah, malas doh acik layan. Terang-terang kabo.

“Koi maafkan teruslah, kot nanti tengah bawa basikal lajak terlanggar tembok, kiok…puas nak menjawab esok.

“Maka chill lah yer anak-anak, cuma don’t drink ketum more than your age,” tulisnya.

Fuh! pedas kata-kata Noorkhiriah itu MH faham kalau dah dimaki macam-macam siapa pun boleh tahan kan?

IKLAN

Apa-apapun, MH harap perkara ini tidaklah berulang lagi. Lagipun, sebagai seorang pelakon dia hanya membawakan wataknya sahaja dan tidak dinafikan watak ‘Aisyah’ itu sememangnya meninggalkan kesan kepada semua penonton drama tersebut.

Itu maknanya, dia berjaya membawakan wataknya dengan baik.

Foto: Instagram Noorkhiriah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI