“Hanya Gambar Untuk Melepaskan Rindu,”- Genap Seminggu Anak Ali Puteh Pulang Ke Rahmatullah

Share

Hari ini genap seminggu anak kepada pelawak Ali Puteh iaitu Sharifah Nur Ainul Mardhiah kembali kepada PenciptaNya akibat komplikasi jantung.

Reda dengan ujian itu, Ali dan isterinya Melati Fitri turut berkongsi video yang memaparkan suntingan video beserta gambar arwah menerusi Instagram yang dikongsikan Ali.

“Seminggu lebih dah kamu tggalkan kami semua..walid terlalu rindukan kamu syg..tiada ape yg yg dpt walid dan ibu gambarkan perasaan ini.

“Hanya gambar2 kenangan bersama kamu sahaja yg ade untuk melepaskan rindu ini…redha dengan pemergianmu.

“Walaupun sekejap..tp walid dan ibu dpt menjaga kamu.

“Kamu anak syurga anugerah allah kepada kami..tggu walid dan ibumu disana syg…allahuakbar,” tulisnya. 

Terdahulu, bayi berusia tiga bulan itu dikesan berdepan masalah injap jantung terbalik dan jantung berlubang.

Beberapa minggu kemudian, Ali memaklumkan bahawa keadaan bayinya agak kritikal apabila berdepan masalah pada paru-parunya hingga terpaksa bergantung pada alat bantuan pernafasan.

Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Pusu, Gombak, Kuala Lumpur pada 26 November lalu.

Ali yang juga menyertai program komedi, Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM2019), menerusi kumpulan Puteh dikurniakan seorang lagi anak perempuan, Sharifah Nur Aaira Qaireen yang berusia dua tahun.

Foto : Instagram Ali Puteh

IKLAN