“Hanya Dia Sahaja Lelaki Dalam Hidup Adiknya,” – Ibu Syamsul Yusof Puji Syaikhul Pandai Jaga Sumayyah

Share

Ibu kepada pengarah Syamsul Yusof, Datin Patimah Ismail hari ini berkongsikan luahan hatinya mengenai cucu lelakinya, Syaikhul Islam yang merupakan anak sulung kepada Syamsul dan Puteri Sarah Liyana.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Patimah memuat naik gambar Syaikhul mencium kepala serta berpelukan dengan adik perempuannya, Sumayyah di sebuah pusat peranginan.

Isteri kepada Datuk Yusof Haslam itu memuji Syaikhul yang disifatkannya cukup pandai menjaga adiknya sepanjang kehidupan mereka berdua.

“Syaikhul seorang abang yang menjaga adiknya, Sumayyah dengan baik kerana (Syaikhul) tahu, hanya dia sahaja lelaki dalam hidup adiknya,” tulis Patimah.

Terdahulu, Sarah mendedahkan ibu mentuanya menawarkan diri menjadi pencelah dan saksi membabitkan krisis rumah tangganya bersama Syamsul.

Menurut Sarah, Patimah menghubunginya bagi menawarkan kesudian memandangkan dia lebih tahu kemelut yang berlaku sepanjang tempoh krisis berkenaan susulan dakwaan Syamsul mengatakan Sarah nusyuz dan keluar rumah tanpa izin pengarah tersebut.

Untuk info, Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4 tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

 

IKLAN