“Hanya Boleh Berlakon Untuk School Project Je,” – Jemyma Ada Bakat, Tapi Fasha Akur Jejai Tak Izinkan Anaknya Jadi Pelakon

Share

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, mungkin begitu perumpamaan yang boleh diperkatakan tentang bakat lakonan anak perempuan Fasha Sandha, Putri Raysha Jemyma, 8, yang diwarisi daripada ibunya.

Berkongsikan sedutan video pementasan teater yang berlangsung di sekolah Jemyma baru-baru ini, Fasha, 39, teruja dengan mutu persembahan yang ditunjukkan anak keduanya itu.

“My eight year old daughter dah tunjuk minat nak jadi pelakon.

“Unfortunately, Dada (bekas suami Fasha) tak izinkan jadi pelakon TV/filem,” tulis Fasha di ruangan kapsyen hantaran yang dimuat naik di Instagram.

Menurut Fasha, bekas suaminya, Rizal Ashram Ramli atau Jejai setakat ini hanya membenarkan anak-anak mereka untuk berlakon dalam projek pementasan sekolah sahaja.

“Jemyma dan Rayfal hanya boleh berlakon untuk school project je. Takpe sayang! Good job Jemyma!

“Ibu, Dada dan Ayah (Aidil Aziz) proud of you!” tulis Fasha lagi.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata memuji gaya lakonan puterinya itu selain tak kurang yang tumpang bangga melihat hubungan profesional Fasha dan Jejai.

Walaupun sudah berpisah, mereka tetap berkawan baik demi cahaya mata, Putra Rayfal Ramli, 9, dan Putri Raysha Jemyma, 8.

Fasha turut mempunyai seorang lagi cahaya mata iaitu Aisha Amaira, 3, hasil perkongsian hidup dengan pelakon Aidil Aziz, 36, yang dinikahinya pada 30 Mac 2019.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

IKLAN