Ads

“Hanya 5 Tahun Pertama Sahaja Dapat Beraya Dengan Famili, Selebihnya…”- Kata Akak Polis Viral Ni

Pedih rasanya bila tak dapat bersama keluarga di pagi Hari Raya Aidilfitri namun apakan daya bila terikat dengan tuntutan tugas. Mungkin itulah yang dirasakan oleh ‘akak polis viral’, Soffwany Yusoff apabila harus berkerja di hari raya pertama.

“Selama 11 tahun bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), rasanya lima tahun pertama sahaja dapat cuti raya, selepas itu memang tak dapat cuti kerana tuntutan kerja.

 

“Saya terlibat dengan Majlis Rumah Terbuka Ketua Polis Negara sebab terlibat dalam nyanyian,” katanya kepada Media Hiburan.

Tambahnya lagi, mujurlah ahli keluarganya masing-masing memahami tuntutan kerja yang tidak menentu itu.

Ads

“Ahli keluarga memang dah faham, itu tugas. Saya pun selalu maklumkan kepada keluarga mengenai perkara ini saban tahun.

 

“Sebab tak dapat pulang beraya, selalunya Soff akan pulang di hujung-hujung ramadan tu dan habiskan masa dengan keluarga. Ataupun selepas hari raya sebab semasa hari raya memang selalu busy, dapat cuti pun sekejap-sekejap,” katanya lagi.

Sementara itu, Soffwany turut berkongsi juadah hari raya kegemarannya.

Ads

“Kalau juadah pula, Soff suka Bihun Sup, untuk kuih pula…Soff suka kuih batang buruk atau kuih lama-lama tradisional,” kongsinya.

Pada masa sama, tahun ini Ini merupakan kali pertama Soffwany beraya sebagai seorang penyanyi. Dia mula viral apabila menyanyikan lagu cover Wany Hasrita tahun lalu.

Ads

Foto: Instagram Soffwany

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

GV12: 59.50% Tak Cukup Selamatkan Rahmat Ekamatra, Mendua ‘Mendonia’ 74% &...

Perjalanan bintang Gegar Vaganza 12 (GV12), Rahmat Ekamatra akhirnya terhenti di minggu ketujuh apabila perkara itu diumumkan semasa segmen Ada Lagu Ada Lagi, namun...
error: Hello. Cannot.