“Handsomenya Tunang!,”- Puji Netizen Bila Elfira Loy Tayang Tunang Di IG, Makan Hati Tak?

Share

Pelakon, Elfira Loy berkongsi foto dia bersama tunangnya, Faris Anuar di laman Instagramnya, hari ini.

Dalam foto tersebut, terserlah keceriaan di wajah pasangan sama cantik sama padan itu.

“‘you are too short too handle’ can i take this as compliment as well. #ineedmyheelsback,” tulisnya.

Susulan itu, kelihatan ramai netizen memuji pasangan sama cantik sama padan itu di ruangan komen.

Bagaimanapun, ada juga netizen yang masih mengaitkan pelakon drama Di Sebalik Kasyafmu itu dengan bekas tunangnya apabila menulis lirik lagu Di Matamu.

Namun, Elfira tenang menjawab komen tersebut.

Elfira mengikat tali pertunangan dengan Faris yang merupakan anak kepada seorang usahawan bergelar Datuk pada September lalu.

Majlis merisik dan bertunang diadakan secara tertutup di kediaman pelakon tersebut di Alam Damai, Kuala Lumpur yang hanya dihadiri keluarga dan teman rapat.

Foto/Instagram: Elfira Loy

IKLAN