“Handsome, Single, Ada K***k,”- Ini Jawapan Netizen Bila Zizan Razak Tanya Persamaannya Dengan Datuk Hans Isaac

Share

Pelakon, Zizan Razak berkongsi fotonya bersama ‘hero malaya’, Datuk Hans Isaac di laman Instagramnya, hari ini.

Di ruangan kapsyen pula, dia bertanyakan kepada netizen mengenai apakah persamaannya dengan hero filem Pesona Non Grata itu.

“Apa persamaan kami? @hansisaac #zizanrazak #dewiremaja,” tulisnya.

Susulan itu, kelihatan pelbagai respon menarik yang diterima pelakon filem Polis Evo itu, antaranya mengenai status dan paras rupa kedua-duanya juga.

Bagaimanapun, ada juga yang memberikan komen- komen pelik hanya untuk bercakap perihal ‘jantina’ kedua-dua mereka.

Sementara itu, filem Polis Evo 2 bakal menemui penonton pada 22 November ini, menampilkan barisan pelakon seperti Shaheizy Sam, Hairul Azreen, Erra Fazira dan ramai lagi.

Foto/Instgram: Zizan Razak

IKLAN