Sejak semalam, nama vokalis band, Hujan, Noh Salleh menjadi perhatian ramai susulan dakwaan berkomplot dengan pembantu rumah untuk menculik anak angkatnya, Musa.
Menerusi temubual bersama Melodi, Noh menafikan perkara tersebut selain turut memaklumkan dirinya telah mendapat amanah daripada ibu kandung Musa sendiri untuk menjaga anak tersebut.
Terbaharu, menerusi sebuah hantaran di Instagram pada malam Ahad, Noh memaklumkan, wakil kepada Mizz Nina termasuk suaminya telah hadir ke rumahnya untuk kembali mengambil Musa daripada jagaannya.
Menurut Noh, dia juga merima surat perintah daripada pihak mahkamah untuk menyerahkan anak tersebut.
“Buat pengetahuan umum, interview bersama Melodi telah dijalankan pada tarikh 13/1/2024 pada jam lebih kurang 2.45 ptg.
“Namun, malam semalam, dalam jam lebih kurang 8.30 malam, pihak Mizz Nina telah pun hadir di rumah saya bersama-sama dengan suami beliau serta pihak polis dan beberapa orang lain yang tidak dikenali untuk tujuan mengambil Musa dari jagaan saya dengan perintah interim (perintah jagaan sementara) dari mahkanah syariah sebelum sesi mediasi di mahkamah syariah,” tulisnya.
Ads
Lantaran itu, bagi menghormati pihak mahkamah, Noh memaklum dirinya telah menyerahkan Musa kepada wakil Mizz Nina meskipun tanpa kerelaan hatinya.
“Saya faham dan bagi menghormati perintah mahkamah, saya dengan terpaksa dan berat hati menyerahkan Musa kembali dan akan meminta nasihat peguam saya.
“Hanya tuhan sahaja yang mengetahui betapa hancurnya hati saya semalam,” kongsinya lagi.
Pada masa sama, Noh turut memaklumkan insiden pada malam tersebut telah berlansung dengan aman malah, dia juga percaya hal ini sepatutnya dapat diselesaikan dengan cara yang lebih baik.
Ads
“Tiada sebarang insiden perebutan berlaku malam tadi kerana saya masih percaya dengan jalan perdamaian dan apa yang penting adalah kesihatan mental dan fizikal Musa.
“Saya berharap statement ini jelas dan tiada sebarang spekulasi dari mana-mana pihak dan saya juga berterima kasih atas segala doa dari kalian.
Dalam pada itu, Noh turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan yang terbaik buat dirinya dan Musa.
“Terima kasih buat mereka yang mendoakan agar masa depan Musa terjamin harmoni,” katanya lagi
Ads
Sebelum ini, media melaporkan anak seorang selebriti wanita dilarikan pembantu rumah warga asing, namun berjaya ditahan polis pada hari kejadian selepas dia bertindak pantas dengan membuat laporan di Balai Polis Ampang, Selangor.
Hasil siasatan mendapati, bekas suami selebriti wanita yang pernah bergelar penyanyi suatu ketika dulu itu didakwa menjadi dalang penculikan.
Justeru, nama Mizz Nina dan Noh hangat diperkatakan dan menarik perhatian warga maya, namun masing-masing bertindak berdiam diri dan tidak mengulas lamgsung isu tular itu.
Terdahulu, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Julai 2011, namun, bercerai pada Ogos 2022 dan mereka tidak dikurniakan anak. Kini, Noh mahu pun Mizz Nina sudah mendirikan rumah tamgga kali kedua dengan pasangan pilihan masing-masing.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Mizz Nina
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Anggota kumpulan Senario, Hamdan Ramli terpaksa ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru sekitar jam 6.00 petang, pada Ahad akibat jangkitan kuman dalam darah.
Bagaimanapun, anaknya iaitu Muhamad Syazreen Haqem, 24, tidak meyangka apabila bapanya perlu diidurkan susulan dia tidak pernah mengalami penyakit kronik sebelum ini.
Lapor Harian Metro, Syazreen yang juga anak ketiga pelawak itu berkata, bapanya juga hanya tersenyum apabila doktor memaklumkan dia akan ditidurkan.
“Doktor juga meminta saya ajar babah (panggilan untuk bapa) mengucap dua kalimah syahadah,” katanya.
Tambah Syazreen, sebelum itu bapanya ada mengalami sesak nafas dan memerlukan bantuan oksigen.
“Kami berada di Johor Bahru kerana babah terbabit dengan program bersama kumpulan Senario yang sepatutnya berlangsung malam ini.
“Semuanya bermula apabila babah mengadu demam dan mengalami cirit-birit sejak semalam dan kami sangkakan dia mengalami keracunan makanan.
“Namun, selepas dibawa ke hospital, babah mengalami sesak nafas dan doktor beritahu ada jangkitan kuman dalam darahnya hingga terpaksa ditidurkan,” katanya.
Mengulas keadaan bapanya, kata Haqem, dia juga membuat panggilan video bersama ahli keluarga dan anggota Senario untuk memaklumkan keadaan bapanya sebelum ditidurkan.
Dia dan keluarga bagaimanapun lega apabila doktor beritahu keadaan bapanya stabil ketika ini.
“Kami juga tidak tahu berapa lama babah akan ditahan di ICU dan ditidurkan.
“Justeru, kami sekeluarga memohon orang ramai termasuk rakan artis yang mengenali babah untuk sama-sama mendoakannya sembuh dengan segera,” katanya lagi.
Terdahulu, Hamdan berada di Johor Bahru sejak semalam kerana terbabit dengan program bersama kumpulan Senario iaitu Wonderful Night with Senariounion, malam ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Zain Saidin berang dengan sikap segelintir netizen yang mengecam rupa paras pelakon, Liyana Jasmay gara-gara berkongsi video berwajah polos di media sosial.
Menurut Zain, dia kecewa kerana mereka yang melontarkan kata-kata hinaan itu turut tidak menghormati perasaan suami kepada Liyana.
“Saya ada terbaca satu hantaran di Facebook. Hantaran tersebut mengatakan Liyana Jasmay telah menjadi mangsa buli fizikal kerana wajahnya.
“Ada juga yang mempertikai bagaimana suami Liyana boleh suka dekat dia dengan keadaan mukanya yang sebegitu.
“Saya kena tegur perkara ini kerana saya rasa ia salah. Apa benda nak cakap perkara macam tu? Awak sendiri tak kenal dia,” katanya menerusi satu hantaran di Tik Tok.
Katanya lagi, dia juga pernah berdepan dengan situasi sama ketika ingin mendirikan rumah tangga dengan pelakon terkenal, Rozita Che Wan.
“Satu ketika dahulu, saya juga sering ditanya kenapa berkahwin dengan wanita lebih tua. Tiada anak dara lagi ke? Sejujurnya, pada permulaan memang kita jatuh hati dengan rupa paras.
“Namun, rupa tak kekal selamanya. Yang buat saya jatuh cinta dengan Che Ta adalah kerana budi bahasa, cara hidup dan isi hatinya.
“Faktor itu yang buatkan kita nak keluar dating dan memulakan perkenalan. Yang buat kita bertahan bukan kerana rupa tetapi isi hati orang tersebut yang buatkan kita selesa,” katanya.
Malah, Zain juga percaya Liyana memiliki kecantikkan dan kelebihan tersendiri yang membuatkan suaminya jatuh hati.
“Awak kutuk muka dia tapi tunggulah ketika anda tua sikit nanti. Baru anda tahu macam mana perasaannya.
“Saya pasti Liyana memiliki sesuatu yang membuatkan suaminya jatuh cinta. Dia jatuh cinta bukan kerana paras rupa tapi kerana hati Liyana.
“Kerana cinta, saya pasti dia akan pertahankan maruah isterinya. Kita tidak menilai seseorang itu kerana rupa sahaja,” ujarnya lagi.
Bapa kepada seorang cahaya mata ini turut menyeru kepada semua pihak untuk menjadi lebih matang dan berhati-hati dalam memberikan pandangan.
“Jadi, mulut tu jagalah sedikit. Kita ini orang Melayu ada budi bahasa. Tak perlu nak cakap begitu atau anda memang suka dikecam.
“Saya tak faham kenapa orang perlu cakap begitu. Saya lagi kesian dekat orang yang menghina itu kerana dia akan teruk dikecam.
“Satu hari nanti, awak juga akan reput dan berkedut,” akhirinya.
Baru-baru ini, Liyana ada berkongsi video di Tik Tok yang memaparkan dirinya sedang menikmati juadah burger di sebuah hotel
Dalam video tersebut juga, Liyana berkongsi wajah polosnya yang ketika itu dikatakan belum tidur lebih daripada 16 jam.
Disebabkan hantaran tersebut, ada netizen yang memberikan komen negatif sehingga ada yang menggelarkan wajahnya seperti pembantu rumah atau bibik.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram & Tik Tok Zain Saidin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Jika sebelum ini, selebriti sensasi, Fathia Latiff dilihat kurang senang bila ada pihak yang cuba membandingkan kecantikkannya dengan orang lain.
Namun, berbeza pula kali ini apabila Fathia tidak malu untuk mengakui kenyataan bahawa adiknya yang juga merupakan personaliti media sosial, Dr. Fasiha Latiff jauh lebih cantik daripada dirinya.
“Ini betul. Ini paling betul. Dia seorang yang menawan dan lagi cantik daripada saya. Saya mengakui perkara itu,” katanya.
Kenyataan itu dikongsikan sendiri oleh pelakon drama Arianna Rose itu menerusi satu sesi siaran langsung yang dimuatkan naik kembali di akaun Tik Tok Media Hiburan.
Katanya lagi, adiknya itu bukan sekadar cantik tetapi kini sedang melebarkan sayapnya untuk bekerja Ireland.
“Dia merupakan seorang doktor. Ketika ini dia sedang berada di Dublin,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengakui kejelitaan Dr. Fasiha selain turut mengagumi reputasi yang dimiliki keluarga Fathia.
“Baru tahu rupanya adik Fathia Latif iaitu Fasiha Latif adalah seorang doktor. A beauty with brain. Hebat juga rupanya keluarga Fathia Latiff ni.
“Adik beradik dia semua lawa-lawa yang pempuan. Farhana pun cantik juga. Memang baka cantik diorang ni. Macam family Senrose. Cantik-cantik belaka.
“Dr. Fasiha sangat baik orangnya. Senang bekerjasama dengan dia.
“Betul. Pernah solat dengan Dr. Fasiha waktu bertugas di HKL. Memang cantik gila. Walaupun tak make up. Waktu tu terpegunlah dengann kecantikan dia,” antara komen netizen.
Sekadar informasi, Fasiha kini difahamkan berada di Dublin, Ireland untuk bekerja dan pada masa sama sedang menyambung pengajian untuk mendapatkan kepakaran dalam bidang kardiologi.
Terdahulu, Fasiha pernah berkhidmat di Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL) sebelum meneruskan kerjayanya di sebuah klinik swasta di ibu kota.
Fasiha juga telah mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Dr. Hazheem pada tanggal 19 September 2021.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon terkenal siri Sex and the City, Kim Cattrall, selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Russell Thomas, dalam satu majlis perkahwinan serba sederhana yang berlangsung...