“Hampir Putus Asa,” – Pernah Disamakan Dengan Azhael, Ini Misi Baru MeeyoJoe

Share

Pernah hampir putus asa untuk meneruskan bidang nyanyian dalam industri hiburan, penyanyi duo, MeeyoJoe tidak patah semangat untuk menghiburkan orang ramai.

Dianggotai Amirul Shafiq Sukor atau Meeyo Shapik, 26, dan Muhammad Bazli Zakaria (Joe Bazli), 26, kedua-duanya menganggap industri seni adalah satu cabang yang sukar.

Ada satu hari itu, kami hampir putus asa kerana hendak mencipta nama dalam industri bukanlah sesuatu yang mudah.

“Hal ini kerana ramai artis kini tumbuh bak cendawan. Setiap hari ada sahaja artis baru.

Tambahan pula, dunia kini ada digital platform seperti Instagram, Youtube. Mereka boleh tonjolkan bakat melalui platform tersebut,” katanya.

Terdahulu, duo ini ditemui di Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada Khamis sempena Sidang Media Bersama MeeyoJoe.

Hampir enam tahun berusaha mengetengahkan bakat, MeeyoJoe mahu lebih dikenali ramai.

Kami cuba sedapa upaya untuk memberitahu pada masyarakat tentang kewujudan kami.

“Oleh itu, kami buat kelainan dari segi konsep lagu dan bekerjasama dengan orang-orang kuat.

Apabila kami mencapai satu tahap iaitu satu visi dan misi yang sama, bagi kami itu pun sudah cukup memadai,” opitimis Meeyoo.

Pernah menerima kritikan dari netizen, kedua-dua jejaka ini tenang berdepan situasi berkenaan.

Apabila menerima kritikan dari netizen,kami mengambil ia sebagai sesuatu yang positif.

“Kami juga mengambil ia sebagai satu loncatan apabila ada yang samakan kami dengan Azhael dan ada juga yang memberi komen untuk membuat kelainan tetapi tidak menjadi,” jelas Meeyoo.

Dalam perkembangan lain, lagu berjudul  Delusi telah memasuki pasaran Indonesia dan mendapat sambutan yang baik.

 

IKLAN