Categories: Berita

Hampir Berusia 3 Bulan, Bayi Abby Abadi Sudah Naik Berat Badan, Cecah 924Gram

Share

Mengucapkan kesyukuran atas perkembangan positif bayi pra-matang, jelas Abby Abadi, berat Muhammad Danial Firman Faizal kini sudah mencapai 924 gram dan mampu minum susunya.

Tulisnya, menurut doktor sebarang kemungkinan boleh berlaku memandangkan Danial lahir dalam keadaan tidak cukup bulan.

Beratnya makin naik. 924gram dah. Minum susu Mama pun ok, Alhamdullillah.

“Masih dalam inkubator, masih bernafas mengunakan machine… Panjang lagi perjalanannya.

“Jumpa Pakar baru2 ni, katanya: Baby Danial lahir dalam keadaan yg belum bersedia, jadi dalam usianya yg baru 56 hari, berbagai kemungkinan buleh berlaku,”

kongsinya.

Masih berada dalam zon kritikal, pelakon Gerak Khas ini terus mengharapkan keajaiban agar kesihatan anak pramatangnya terus bertambah baik.

Masih dalam Zon kritikal, jadi Sy hanya mengharapkan DOA berterusan dari Sahabat2 disini. Sebab tu, tak banyak yg Sy buleh cerita. Takut tersalah info pun ye juga.

“Setelah USAHA, Hanya DOA yg dapat mengubah nasib Baby D Sy. Tawakal hanya pada ALLAH. Sy & Suami @jaiezzany yakin Baby Danial Sy kuat & akan balik rumah kurang 2 bulan lagi inshaALLAH.. Amin, Mohon doakan ye,” tulisnya lagi.

Abby selamat melahirkan bayi lelaki pada 27 September lalu ketika enam bulan di dalam kandungan.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Ogos 2015.

Hasil perkahwinan pertamanya bersama aktor Norman Hakim, Abby dikurniakan tiga orang anak, Mohamed Danish Hakim, 16, Marissa Dania Hakim, 14 dan Maria Danisha Hakim, 11.

Foto : Instagram Abby Abadi

IKLAN