Hampir 5 Tahun Peluk Islam, Michael Akui Bukan Mudah – “Allah Ajar Untuk Maafkan Orang Yang Buat Salah Pada Kita, Tapi…”

Share

Sedar tak sedar sudah hampir 5 tahun pengarah dan penerbit terkenal, Michael Ang memeluk agama Islam sekaligus menjalani kehidupan sebagai seorang muslim.

Menerusi perkongsian terkini di akaun Instagram, Michael akui berdepan dilema.

Meski statusnya kini sebagai mualaf, Michael maklum sebagai hambaNya, kita perlu sentiasa terbuka untuk memaafkan kesalahan orang lain.

Bagamanapun, pengarah berusia 46 tahun ini mengakui bukan satu perkara yang mudah untuk berbuat demikian.

“Allah ajar kita untuk maafkan org yg buat salah pada kita. Tapi kadang-kadang amat susah untuk mengikut ajaran tu!

“Lebih- lebih lagi bila hati kata maafkan. Tapi kepala otak cakap jangan
maafkan dan berlembut hati. So mana satu nak ikutkan?,” tulisnya.

Imbas kembali, Michael memaklumkan bahawa dia telah memeluk agama Islam sejak setahun yang lalu, pada sekitar April 2019.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Michael Ang

IKLAN