Sebelum ini, MH ada mengeluarkan berita hangat mengenai gadis yang mengadu nasib telah melahirkan anak kepada seorang pelakon lelaki popular tanah air.

BACA: Pelakon Popular Mengandungkan Gadis Awal 20-an?

Sejak ia digembar-gemburkan pelbagai spekulasi yang tercetus dan beberapa nama selebriti turut terkena tempias dan dituduh. Antaranya termasuk pelakon kacak Idris khan.

Namun, Idris menafikan khabar angin yang mengaitkan dirinya dengan dakwaan tersebut.

IKLAN

Hamilkan Kekasih? Nama Idris Khan Turut Terpalit

Ketika berada di Majlis Perasmiaan Cawangan Ke Enam IDEALYST MEDISPA di Putrajaya, MH sempat menemu bual pelakon tinggi lampai ini.

IKLAN

“Siapa tu? Saya pun nak tahu juga, rasanya kalau betul itu saya memang sudah tak jadilah nak kahwinlah,” Ujarnya ringkas.

Namun bagi kami semua tudahan ini tidak berasas dan terlalu rambang kerana tiada bukti yang kukuh.

IKLAN

Selain Idris, Zul Ariffin turut tidak terlepas dari tuduhan ini kerana pelakon tersebut dikatakan telah menutup akaun Instagramnya secara tiba-tiba. Malah, dakwaan tersebut juga melibatkan beberapa nama aktor lain.

Tetapi bagi MH tuduhan ini sangat tidak berasas dan agak tidak masuk akal.

Apapun MH harap orang ramai tidak terus menuding jari kepada mana-mana pihak dan terus bersabar sehingga berita yang sahih dikeluarkan.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI