“Hamil 7 Bulan Dan Berat Badan Saya Bertambah 8 Kilogram,” – Eyra Hazali

Share

Pelakon Eyra Hazali kini sedang menantikan kelahiran anak sulung yang bakal dilahirkan Ogos depan.

Bakal bergelar ibu muda tidak lama lagi, isteri kepada bintang bola sepak, Mohd Haziq Nadli ada berkongsi perkembangan dirinya ketika ini.

Jelasnya ringkas, berat badannya kini bertambah selepas hamil tujuh bulan.

Perkara tersebut dikongsikan pelakon Mr. Grey ini menerusi satu posting terkini di Instagram.

“7 months pregnant and i gained 8kg,” tulis Eyra.

Lalu, hantaran berkenaan mendapat reaksi para peminat. Masing-masing ada berkongsi pengalaman sama selain turut mendoakan agar urusan bersalin buat pelakon ini dipermudahkan.

Malah ada komen yang ditinggalkan mendapat reaksi balas dari pelakon berkenaan.

Eyra sebelum ini mendedahkan soal kehamilannya pada umum sekitar Februari lalu.

Imbas kembali, Eyra atau nama sebenarnya, Hazirah Qasalina Hazali selamat diijabkabulkan bersama suami pada 1 November 2019 lalu dengan sekali lafaz di Masjid As Syakirin, KLCC.

Foto: Instagram Eyra Hazali

Verified7 months pregnant and i gained 8kg
IKLAN