Lagu Haram nyanyian Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah memang meletop teruk di Malaysia.

Apa taknya, jumlah tontonan di Youtube kini sudah pun mencecah 4.3 juta ‘view’ serta MH lihat ramai juga netizen-netizend an rakan artis yang membuat ‘cover’ lagu ini.

Terbaru, penyanyi muda yang berasal dari Brunei, Aziz Harun turut mencuba nasib membuat ‘cover’ lagu tersebut. Dia kemudiannya memuat naik di Instagram.

“Halal ke haram cover ni?” soalnya.

Apa yang menarik perhatian MH apabila penyanyi asal lagu itu, Hael turut meninggalkan komen memberikan respon positif terhadap Aziz.

IKLAN

“Halal teruk,” tulisnya.

Dalam pada itu, netizen juga turut memberikan komen memuji nyanyian Aziz.

‘Halal Teruk’- Ini Respon Hael Husaini Bila Aziz Harun Cover Lagunya

‘Halal Teruk’- Ini Respon Hael Husaini Bila Aziz Harun Cover Lagunya

IKLAN

‘Halal Teruk’- Ini Respon Hael Husaini Bila Aziz Harun Cover Lagunya

Pada MH, memang sedap cover yang dibuat Aziz, malah dia juga berjaya membuatkan lagu itu seolah-olah miliknya sendiri.

IKLAN

Sebelum ini, Aziz juga rajin memuat naik video cover lagunya di Instagram. Antaranya adalah IDGAF oleh Dua Lipa, Januari oleh Glenn Fredly dan banyak lagi.

Apa-apapun, MH tak sabar nak tengok lagu apa yang akan dinyanyikan oleh Aziz selepas ini!

Foto: Instagram Aziz Harun

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI