“Halal Partner, Allah Maha Mengetahui Jodohmu Bila..,” – Nikah Pada Usia 39 Tahun, Jay Iswazir Sah Bergelar Suami

Share

Tahniah diucapkan buat pelakon Jay Iswazir yang kini sah bergelar suami kepada wanita pilihannya, Azzahra Ahmad, pada Rabu.

Jay atau nama sebenarnya Ahmad Iswazir Ismail berkongsi khabar gembira itu bersama para pengikut di laman media sosial Instagram.

“Halal partner. Alhamdulillah, Allah Maha Mengetahui jodohmu bila dan di mana.

“Tatkala cuba menutup pintu hati dari cinta, Allah bukakan pintu yang lain buat seorang yang jauh sekali tak terjangka akan bertemu, terikat hati dan kini menjadi Suami.

“Terima kasih Ya Allah kerna hadirkan Dia dlm hidup ini. Sayang @realjayiswazir, pimpin saya sama- sama hingga ke syurga ya,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Pasangan ini telah selamat diijabkabulkan di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Terdahulu, pelakon berusia 39 tahun ini mengikat tali pertunangan bersama Azzahra pada 20 Mac yang lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Jay Iswazir

IKLAN