“Halal Gap Please,” – Atiq Azman Kongsi Foto Sama Kekasih? Netizen Luah Perasaan

Share

Wah…Boleh dikatakan, hanya foto seorang gadis sama yang ‘memenuhi’ di laman sosial milik pelakon baru, Atiq Azman.

Terkini, foto bersama gadis yang juga Instafamous, Jia sewaktu kedua-duanya menyertai ROAR 2019 yang dikongsi, mendapat reaksi pelbagai.

Menjengah ke ruang Instagram Jia pula, foto yang sama turut dikongsikan dan rata-rata mengucapkan tahniah atas hubungan yang terjalin.

Melihat kepada persamaan pasangan ini, kedua-duanya akan memuat naik foto yang sama namun berlainan posisi untuk simpanan peribadi di laman sosial.

Nampaknya netizen telahpun memberikan ‘restu’, namun ada yang meminta agar pasangan ini menjaga adab dan batas agama.

Foto : Instagram Atiq Azman & Jia

IKLAN