Uncategorized

‘Hal Mahkamah Jangan Putar Belitkan’ – Faye Kusairi Bidas Elly Mazlein

Share

Beberapa hari lalu kecoh di media sosial bercerita tentang sebuah video yang dimuat naik oleh pelakon popular, Elly Mazlein yang menyatakan mahkamah telah menolak tuntutan bekas suaminya, Azmi Hatta untuk memenjarakan dirinya.

Pada ruang kapsyen perkongsian video Elly tersebut, dia menulis panjang lebar dan antaranya adalah bekas suaminya itu telah mendakwa pelakon tersebut sebagai seorang ibu yang tidak bertanggungjawab.

Susulan daripada hal itu, pelakon popular, Faye Kusairi yang merupakan isteri kepada bekas suami Elly menerusi sebuah komen balasnya telah menjawab persoalan netizen di Instagram.

Pelakon ini tampil menjelaskan isu tersebut dan meminta Elly untuk memberikan bukti sekiranya benar suaminya mahu memenjarakan bekas isterinya itu.

Faye juga berkata, tiada siapa yang cuba memisahkan Elly dengan anaknya dan meminta agar Elly tidak memutar belitkan kes mahkamah.

Nampaknya tindakan Faye untuk mempertahankan suaminya ini telah mengundang netizen untuk mengungkit kisah lama di mana dia dikatakan sebagai perampas suami orang dan menjadi punca keruntuhan rumah tangga suaminya dengan Elly.

Tidak berdiam diri, Faye sekali lagi membalas kecaman netizen dan menjelaskan bahawa dia bukan seorang perampas suami orang.

Apapun selepas membaca penjelasan Faye untuk mempertahankan suaminya berhubung isu mahkamah menolak tuntuan Azmi itu, MH berharap segala permasalahan dapat diselesaikan dengan baik.

Di bulan baik ini apa salahnya kalau kita buang yang keruh dan ambil yang jernih.

IKLAN