Beberapa hari lalu kecoh di media sosial bercerita tentang sebuah video yang dimuat naik oleh pelakon popular, Elly Mazlein yang menyatakan mahkamah telah menolak tuntutan bekas suaminya, Azmi Hatta untuk memenjarakan dirinya.

Pada ruang kapsyen perkongsian video Elly tersebut, dia menulis panjang lebar dan antaranya adalah bekas suaminya itu telah mendakwa pelakon tersebut sebagai seorang ibu yang tidak bertanggungjawab.

Assalamualaikum semua . Alhamdulillah di bulan yg Mulia kakak lina dpt keadilan . Syukur Alhamdulillah . Mahkamah tolak tuntutan @azmi_hata utk Penjarakan kakak lina . Salah 1 alasan @azmi_hata adalah , azmi kata kakak lina mama yg tidak bertanggungjwb kpd Sefhia ? . @azmi_hata sgt kejam punya impian nak pisahkn kakak lina dgn manja . X tahu la bile agaknya @azmi_hata nak move on . Sepatutnya ikut akal logic, kakak lina la yg lebih patut berdendam sebab @azmi_hata dah nikah, dah ada baby, keluarga sempura . Klu nak di bandingkan dgn kakak lina selepas bercerai smpai skrg belum bernikah , hanya ada sefhia dan menjaga abah .. mama da meninggal . Mereka lebih sempurna tetapi mengapa mereka masih berdendam dan tidak abis2 nak seksa & kacau kehidupan kami 3 beranak . Xpe dugaan utk kakak lina .. InsyaAllah kakak lina x akn mngalah . Lepas ni kakak lina akan usahakan pula, nak usulkan cadangan utk meminta pihak produksi yg @azmi_hata sedang bekerja utk meminta pihak produksi tersebut memotong gaji @azmi_hata setiap bulan utk pembayaran nafkah sefhia yg hanya rm1500 . @azmi_hata wajib memberi nafkah kepada sefhia.. kakak lina bersyukur dan kakak lina mampu sara sefhia dgn rezki yg Allah bg ni, InsyaAllah ..cuma kakak lina nak @azmi_hata bertanggungjwb kpd sefhia .. tu duit sefhia, hak dia . Moga kisah kakak lina menjd iktibar buat semua . Tq buat En Mahyuddin selaku peguam kakak lina yg telah menjlnkan tugas dgn baik sekali..syukur rezki kita . Buat @azmi_hata Nak nikah berderet boleh.. nak anak ramai boleh.. tp bayarlah nafkah anak . Dah la duit hantaran nikah dulu pun kakak lina x dpt.. duit iddah selepas bercerai pun x dpt .. tp kakak lina x kisah , kakak lina halal kan . Tp duit manja kau jgn buat hal ye .. aku panggil #hanani rambut kuih lompang coklat gi jumpa kau , baru kau tau

A post shared by ?ELSefhia ? (@iamellymazlein) on

Susulan daripada hal itu, pelakon popular, Faye Kusairi yang merupakan isteri kepada bekas suami Elly menerusi sebuah komen balasnya telah menjawab persoalan netizen di Instagram.

IKLAN

Pelakon ini tampil menjelaskan isu tersebut dan meminta Elly untuk memberikan bukti sekiranya benar suaminya mahu memenjarakan bekas isterinya itu.

Faye juga berkata, tiada siapa yang cuba memisahkan Elly dengan anaknya dan meminta agar Elly tidak memutar belitkan kes mahkamah.

‘Hal Mahkamah Jangan Putar Belitkan’ – Faye Kusairi Bidas Elly Mazlein

IKLAN

Nampaknya tindakan Faye untuk mempertahankan suaminya ini telah mengundang netizen untuk mengungkit kisah lama di mana dia dikatakan sebagai perampas suami orang dan menjadi punca keruntuhan rumah tangga suaminya dengan Elly.

Tidak berdiam diri, Faye sekali lagi membalas kecaman netizen dan menjelaskan bahawa dia bukan seorang perampas suami orang.

IKLAN

‘Hal Mahkamah Jangan Putar Belitkan’ – Faye Kusairi Bidas Elly Mazlein

Apapun selepas membaca penjelasan Faye untuk mempertahankan suaminya berhubung isu mahkamah menolak tuntuan Azmi itu, MH berharap segala permasalahan dapat diselesaikan dengan baik.

Di bulan baik ini apa salahnya kalau kita buang yang keruh dan ambil yang jernih.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI