“Hakak Memang Ada Masalah Lupa Nak Bergambar…,” – Faezah Elai Asyik Lupa Berfoto Dengan Tuan Rumah Di Open House

Share

Pelakon Faezah Elai mengakui dirinya sering tidak berkesempatan untuk bergambar dengan tuan rumah di majlis rumah terbuka yang dihadirinya.

Malah kata isteri kepada pengarah Heykal Hanafiah ini lagi, dia sering lupa untuk merakam gambar kerana terlalu ramai yang ingin bergambar bersamanya.

Bagaimanapun, bintang berkenaan mengakui dia gembira sepanjang menghadiri  rumah terbuka.

“My last open house.. guess what.. I didn’t get the chance to snap a photo with any of the tuan rumah.. 6 open house this week, satu pon tk snap.. hakak mmg ada masalah lupa nk bergambaq sbb ramai yg nk bergambaq so lupa nk bergambaq utk diri sendiri.

“Yang upload semua gambaq yg org tagged ..anyway thank you to all yg invite.. alhamdulillah we had so much fun sampai lupa nk bergambaq,” tulisnya menerusi Instagram.

Foto: Instgram Faezah Elai

IKLAN