Hajat Tertunai, Ben Ali Bawa Mak Ayah Tengok Kiosk Pertama Depan Mata – “Nak Bawa Datang 2 Bulan Lepas, Tapi Tak Boleh Rentas…”

Share

Pelakon dan usahawan, Ben Ali akhirnya dapat membawa kedua ibu bapanya menyaksikan sendiri kiosk pertama jenama popular usahanya bersama isteri, Absolut Chocolat di pusat membeli-belah terkenal, Mid Valley.

Sambil berkongsi beberapa keping foto di Instagram, suami kepada pelakon dan model, Nadiyah Shahab itu memberitahu perkara itu hanya berjaya dilakukan sejurus tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Harini baru dapat bawak Ayah & Ibu tengok first kiosk @absolutchocolat di Mid Valley. Nak bawak datang masa buka 2 bulan lepas tapi tak boleh rentas negeri.

“Dulu masa kecik-kecik Ayah pernah bawak jalan-jalan dekat Mid Valley masa tu ingat lagi Mid baru bukak. Alhamdulillah harini bawak Ayah & Ibu pula jalan-jalan kat sini,” tulisnya.

Justeru, bekas finalis Hero Remaja sezaman Fattah Amin ini turut berazam untuk membuka beberapa kiosk lain yang pernah memberi makna buat mereka sekeluarga.

“InshaAllah, selagi ada rezeki. E (Ben) akan buka dekat semua tempat yang Ayah & Ibu pernah bawa E pergi dulu.

“Dan semoga ia dapat memberi manfaat kepada semua juga. Amin yra,” tulisnya lagi.

Terdahulu menerusi media, Ben yang juga Pengarah Urusan Absolute Chocolat, memasang hajat untuk memasuki pasaran ‘offline’ dengan menyasarkan kesemua pasar raya terkemuka sekitar Lembah Klang.

IKLAN