“Hajat Dihati 2021 Nak Rakam Album…,” – Bagai Gamit Memori, Erra Fazira ‘Comeback’ Dengan Lagu Yang Terindah Hanyalah Sementara Versi Baru!

Share

Satu khabar berita gembira buat peminat setia pelakon dan penyanyi, Erra Fazira yang telah merakamkan semula lagu single hitsnya, Yang Terindah Hanya Sementara yang bakal dilancarkan pada Jumaat ni.

Meski hasrat untuk mengeluarkan album tidak kesampaian ekoran pandemik Covid-19, Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek berharap lagu lamanya yang telah diberi nafas baru ini dapat mengubati kerinduaan peminat.

“Ole ole.. .Suka suki.. 2021. Hajat dihati 2021 nak nak rakam album.. hmmm mcm tak kesampaian je hajat 2021 ni.. Byk koghojer tbengkalai.

“Tapi ada ole ole buat warm up mengubati kerinduan. YG TERiNDAH HANYA SEMENTARA versi PKP ni diilhamkan oleh komposer SHARON PAUL sblm lockdown.

“Buat panaskan injin katanya, teacher @azrinnoor disisi kasi semangat. Nak tahu apa kejadiannya.. ?? Tunggu k.. 3 hari lagi @sharonpaul_msia dan
@werkitrecords #yangterindahhanyalahsementara2021,” tulisnya.

Sekadar informasi, lagu Yang Terindah Hanyalah Sementara mendapat sambutan hangat daripada peminat selepas lagu tersebut dilancarkan pada tahun 1995.

Lagu ini merupakan sebuah lagu hasil ciptaan komposer Ibnor Riza dan penulis lirik oleh Habsah Hassan.

Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

Foto: Instagram Erra Fazira

IKLAN