Penyanyi dan penyampai radio, Haiza Hanafi memberitahu setakat ini, dia memilih untuk tidak melakukan gimik keterlaluan demi mempromosikan sebarang naskhah baru. Katanya kepada MH, biarlah apa yang dilakukan seiringan dengan usia dan kematangannya dalam industri.

Ditanya mengenai apakah reaksi terhadap video yang dimuat naik penyanyi dangdut yang turut melibatkan seorang lagi selebriti iaitu Ifa Raziah, penyanyi yang sinonom menerusi lagu Dag Dig Dug ini berpendapat, mereka pasti ada sebab membangkitkan isu sedemikian dan terpulang terhadap pandangan masing-masing.

Cuma baginya, dia tidak setuju untuk melakukan perkara sama.

IKLAN

“Netizen bileh cakap apa sahaja berdasarkan apa yang mereka lihat. Jadi mahu tidak mahu, kita yang buat ni kena terimalah apa yang diperkatakan mereka. Sebab saya faham, kalau baca memang sakit hati dan lebih teruk kalau ada di antara peminat mereka saling bergaduh,” katanya.

“Kak Sheeda Dah Keluar Tanduk Kot Sebab Geram Sangat,” – Kata Haiza. Tapi….

Malah dedah Haiza, pada awalnya dia sendiri seakan tertipu, meyakini kedua-dua bintang berkenaan memang bergaduh kerana isu terdahulu.

IKLAN

“Saya sendiri bila tengok video itu terkejut sebab kita tahu, secara internalnya mereka pernah tiada persefahaman sebelum ini. Bagaimanapun semuanya sudah okay dan saya sangat gembira dengan khabar tersebut.

 

“Malah saya sampai cakap Kak Sheeda dah keluar tanduk kot sebab geram sangat. Tapi akhirnya mereka cakap tidak bergaduh,” jelas Haiza.

Terdahulu, Haiza ditemui media di majlis rumah terbukanya di Sungai Besi, Kuala Lumpur.

“Alhamdulillah, jemputan pada tahun ini adalah seramai 400 orang tetapi ramai pula yang datang. Syukur kerana mereka sudi isi masa untuk meraikan lebaran bersama saya dan keluarga. Rumah terbuka ini adalah kali yang ketiga dan kalau ada rezeki, kita buat lagi, amin,” akhirinya.

IKLAN

MH berada di Rumah Terbuka Haiza!

Posted by MEDIA HIBURAN on Sunday, 15 July 2018

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI