Hairul Bawa Hanis,Yusuf Bercuti Mewah Di Maldives

Terbaru, Hairul Azreen telah membawa isteri dan anaknya memilih destinasi Maldives sebagai lokasi percutian mereka.

Nampaknya mereka sekeluarga seronok dengan menikmati keindahan pulau Maldives yang begitu terkenal di dunia dengan kebiruan airnya.

Menerusi entri terbaru di akaun media sosial Instagram pelakon Hanis Zalikha, Hairul Azreen dan Yusuf Iskandar sendiri, mereka sekeluarga sedang bercuti di kepulauan popular itu sejak dua hari lalu dengan hastag #YusufOnHoliday.

Ruangan komen di instagram kanak-kanak cilik itu juga dihujani pelbagai reaksi daripada pengikutnya di laman sosial yang memperlihatkan dia bersama ibu dan ayahnya menikmati percutian di pulau mewah itu.

Dalam pada itu juga, beberapa video turut dikongsikan pasangan ini menerusi laman Instagram milik anaknya mendapat 443,407 ribu tontonan dari pengikutnya.

Dalam video tersebut menunjukan mereka menyewa Villa mewah Soneva Jani, yang harganya harga untuk penginapan satu malam mencecah harga serendah AS$3,055 (RM13,054) hingga AS$18,230 (RM77,897).

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan jenis villa yang dipilih Hanis dan Hairul buat percutian bersama permata hati mereka itu. Namun, walaupun tidak dapat dipastikan, dapat dilihat betapa mewahnya Villa tersebut dan dari bilik boleh melihat bintang-bintang pada waktu malam di atas katil.

IKLAN

Senang bercuti bawa pengacara popular mommy @haniszalikha ??? Tu la mommy kamu Yusuf

A post shared by Yusuf Iskandar Hairul Azreen (@theyusufiskandar) on

Malah, netizen turut teruja dengan bilik tersebut. Ada juga yang berkata menyimpan sampai pencen pun belum tentu cukup untuk menyewa di Villa tersebut.

Untuk info, Villa Soneva Jani terletak di sebuah lagun persendirian seluas 5.6 kilometer dan dikelilingi oleh lima buah pulau yang sangat cantik.

Malah untuk ke Villa tersebut, harus menaiki menaiki pesawat air dari Lapangan Terbang Antarabangsa Male selama 40 minit atau kapal persiaran yang mengambil masa selama separuh hari.

Touchdown

A post shared by Yusuf Iskandar Hairul Azreen (@theyusufiskandar) on

Wahh, betul-betul mewah percutian mereka kali ini, jom kita tengok gambar menarik mereka sekeluarga.

IKLAN