Baru sahaja menimang cahaya mata kedua pada 1 Mac lalu, penyanyi Hafiz Suip ada berkongsi beberapa keping foto sisi anaknya, namun tidak berkongsi wajah penuh anak itu.
Terbaru, penyanyi yang popular dengan lagu Kisah Cinta Kita itu memuat naik foto bahagian kepala yang menampakkan rambut kerinting anaknya itu, saling tidak tumpah seperti si bapa.
“Assalamualaikum gaiss…Awan Nano Jr,” tulis Hafiz ringkas di ruangan kapsyen.
Lalu, peminat telah memberikan komen masing-masing terhadap foto yang dikongsikan penyanyi itu.
Sehingga kini, Hafiz dan isteri belum mendedahkan wajah penuh dan nama anak mereka.
Ads
Untuk rekod, Hafiz dan Nureffy Jasreel Abdullah mendirikan rumah tangga pada 14 Mei 2016 dan dikurniakan cahaya mata pertama pada 2017 iaitu Muhammad Riyadh Zafri, 3 tahun.
Meluangkan masa bersama anak-anak di rumah, pelakon Ozlynn mendidik anak-anak dengan membaca ayat suci Al-Quran menerusi ‘PC gaming’.
Kongsinya, aktiviti tersebut dilakukan bagi mengelakkan anak-anaknya lalai dalam melakukan aktiviti kurang berfaedah.
“Game atau aktiviti hari ke 5 .. surah al mulk.. siapa yg hafal ada hadiah.. simpanan wang tunai ke dalam acc bank.. x byk mana.. cukup sekadar buat anak tersenyum..
“Sekurangnya kebaikan yg dia buat kita balas dgn kemanisan.. tv game yg melalaikan juga bisa digantikan dgn seribu kebaikan jika pandai manfaatkan kegunaannya..
“Sebab ramai DM tanya mcm mane nak bahagikan masa dan nak bg anak2 aktiviti.. so ni salah satunya.. satgi kita bg upah kopok lekor goreng yg di goreng oleh dorthy.. semoga dpt dimanfaatkan ye sahabat..
“Chantiq juga sedang berusaha keras tu hehehe.. lagu elsa ko boleh hafallll kan.. yg ni ko x hapal siap aku keje kan🤣🤣🤣 doakan anak2 aku berjaya ye.. pada kalian yg anak2 dh hebat tahniah.. moga kebaikan kalian di BALAS KELAK,” tulisnya.
Nora Ariffin ada memberi dedikasi serta titipan teristimewa buat anak keduanya, Allahyarham Alif Johan yang sudah pergi mengadap Illahi Disember lalu bersempena dengan ulang tahun kelahiran arwah, semalam.
Menerusi Instagram, coretan yang dibuat penyanyi Renungan Terakhir ini nyata menjentik jiwa sesiapa sahaja yang membacanya.
“Happy birthday yg ke 21 buat anakku Alif Johan. Hanya Doa yg mampu mama berikan. Maaf mama tak dpt cium dahi Alif lagi.
“Moga tenang disana bersama papa. In Shaa Allah kita akan bertemu lagi. Mama rindu Alif. Mama rindu Alif sebagai anak, teman borak, tengok wayang & & etc.
“Miss you my BFF. Nnt kita jumpa lagi ye. Al- fatihah,” tulis Nora.
Manakala, bintang asal Kelantan ini turut berkongsikan beberapa keping foto menerusi entri lain yang merakamkan dia turut menziarahi pusara suami, Allahyarham Johan Nawawi.
Turut kelihatan dalam foto yang dikongsi ialah anak-anaknya yang lain.
“Abang, hari ini ni 7/3 hari lahir anak ke2 kita, Alif Johan tak sempat sambut 21 tahun hari ni.
“Alif juga sudah pergi meninggalkan kami. Anak2 lain, Alhamdulillah semuanya baik2 belaka.
“Syukur pada Allah, dgn kekuatan yg diberi, sokongan anak2, Iman, Putri & fatehah, walau payah, perlahan – lahan i cuba melangkah selagi terdaya menyara hidup & memberi kebahagiaan utk anak2 kita.
“We miss you a lot. Really Miss you. In Shaa Allah kita semua dpt bertemu lagi dijannah. Al- fatihah Johan Nawawi,” titipnya.
Lalu, apa yang dikongsikan Nora mendapat reaksi para peminat. Selain memuji hati si ibu yang cukup kuat, rata-ratanya turut sedekahkan doa serta bacaan al-Fatihah buat dua insan tersayangnya itu.
Terdahulu, arwah Johan yang juga komposer terkenal itu meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun.
Sementara, Alif atau nama sebenarnya Muhammad Syakir Alif Johan turut aktif di arena nyanyian, malah mara sebagai 20 calon protege program Mentor Milenia 2019.
Foto: Instagram Nora Ariffin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dengan undian lebih 120 juta, penyanyi Ernie Zakri dinobatkan sebagai bintang paling popular pada malam kemuncak Anugerqh Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37) yang berlangsung di Primiera Hotel, Kuala Lumpur pada Jumaat.