Hafiz Hamidun & Joy Sudah Berbaik?

Eh betul ke apa yang MH Online nampak ni? Atau kami yang tersilap pandang?

Nampaknya baru-baru ini pasangan suami isteri yang telah menimbulkan kontroversi Hafiz Hamidun dan pasangannya Joy Revfa telah menimbulkan seribu tanda tanya dan spekulasi pada pengikut mereka apabila mula ‘muncul’ semula di ruangan like dan komen akaun masing-masing.

Hafiz yang telah muat naik gambar yang memaparkan perkataan “Semua Baik Saja” bukan sahaja mendapat perhatian pengikutnya malah, isterinya yang dikatakan telah bergaduh bersamanya selama beberapa hari ini juga turut memberi respons terhadap gambar tersebut.

Dalam masa yang sama, Hafiz turut memuat naik video Boomerang dengan kata “Semua Okay Saja”.

IKLAN

Bukan itu sahaja, Joy juga tidak ketinggalan membuat memuat naik sekeping gambar dengan memaparkan isyarat ‘peace’ membuatkan ramai tertanya-tanya apakah yang terjadi sebenarnya antara mereka?

Tindakan kedua pasangan ini membuatkan ramai yang beranggapan mereka berdua telah berbaik dan berdamai.

Malah spekulasi pengikut semakin kuat apabila Joy menulis di ruangan kapsyen yang menunjukan sesuatu perubahan ke arah kebaikan.

“Alhamdulillah… semoga segala urusan kita hari ini dan akan datang, di permudahkan oleh Allah swt… Memaafkan tidak akan mengubah masa lalu tapi pasti akan mempermudahkan masa depan,” tulisnya di Instagram.

Dalam masa yang sama, Hafiz turut meninggalkan komen dengan memberi ‘thumb up’ pada isterinya.

IKLAN

Bukan itu sahaja, jika dilihat semula kedua-dua pasangan ini turut menggunakan hashtag yang sama iaitu #HJ.

Namun seperti biasa, ada juga netizen mempertikaikan tentang apa yang terjadi dan beranggapan pasangan suami isteri ini dengan sengaja menimbulkan kontroversi untuk marketing brand terbaru mereka.

Adakah #HJ yang dimaksudkan itu ialah gabungan nama Hafiz dan Joy? Atau adakah sesuatu yang mungkin kita masih tidak tahu? Sama-sama nantikan penjelasan dari mereka berdua nanti.