Pada zaman sekarang semua pengguna media sosial terlalu terbuka dan langsung tidak ada batasan menegur kesalahan atau kekurangan individu yang lain.

Walaupun dengan niat untuk membetulkan adakalanya tindakan mereka sungguh melampau sehingga mampu mengaibkan orang lain.

Inilah yang terjadi pada pelakon Hafidz Roshdi baru-baru ini setelah berkongsi sekeping gambar bersama istersi di akaun Instagramnya.

Tuesdate ??? #TegurCaraBaik

A post shared by لَااِلَهَ اِلَّااللهُ (@hafidz.roshdi) on

IKLAN

Jika dilihat memang tiada apa yang pelik atau aneh, tetapi mungkin kerana penampilan isterinya yang memakai tudung singkat membuatkan ada ‘Ustaz/ ustazah online’ bersuara menegur kesalahan isterinya dengan menggunakan bahasa yang cukup mengaibkan.

Namun beberapa minit selepas meninggalkan komen, pemilik akaun terbabit dikatakan telah memadam komen tersebut. Malah, pemilik ini juga bertindak menekan butang ‘block’ agar Hafidz tidak boleh melihat akaunnya

IKLAN

Tetapi Hafidz degan cepatnya berjaya menangkap gambar komen tersebut dan memuat naik ke Insta Storynya dengan meletakkan kata-kata yang cukup sinis.

“Hahaha kenapa delete komen”

 

“Dayum! Block terus,” tulisnya

Hafidz Roshdi Perli Netizen Tegur Tak Bertempat Di Instagram

IKLAN

Hafidz Roshdi Perli Netizen Tegur Tak Bertempat Di Instagram

Ia tidak habis di situ, malah Hafidz juga sempat meletakkan hashtag #TegurCaraBaik di ruangan kapsyen.
MH Online faham apa yang Hafidz rasai sekarang. Memang benar, kadang-kadang kalau nak menegur itu biarlah dengan betul caranya. Paling penting, jangan sesekali mengaibkan atau memalukan orang dengan teguran kita.

Semoga Hafidz dan isteri terus tenang melayan ragam netizen yang tidak bertanggungjawab seperti ini. Anggap sahaja mereka sengaja mencari perhatian.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI