Pelakon Nur Fazura tiba di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor, pada jam 9.25 pagi bagi sebutan permohonan cerai terhadap suaminya yang juga pelakon, Fattah Amin.
Fazura hadir dengan mengenakan persalinan serba putih kelihatan tenang sambil ditemani peguam, Fakhrul Azman Abu Hassan bersama lima orang pengawal peribadi.
Melirik senyuman sambil menuju ke perkarangan mahkamah, Fazura hanya menyebut beberapa perkataan ringkas.
“Kita masuk dalam (mahkamah) dulu ya. Alhamdulillah…okay,” katanya.
Ads
Sementara itu Fattah dikatakan sudah tiba lebih awal dan menunggu di kamar mahkamah.
Pada 13 September lalu, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 40, dikatakan memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor.
Bagaimanapun, Fattah memaklumkan dia terkejut apabila menerima berita isterinya itu memfailkan perceraian dan hanya mengetahui perkara itu menerusi media sosial.
Ads
Fattah berkata, dia masih menyayangi Fazura dan menegaskan tiada wanita lain yang menjadi punca keretakan rumah tangga mereka.
Sementara itu, Fazura pula memilih mengunci mulut mengenai perceraian yang difailkannnya itu.
Ads
Untuk rekod, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 3 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof memilih untuk menyelesaikan isu kekeluargaan sesama anggota keluarga, tanpa melihatkan mana-mana pihak luar.
Syamsul mengulas mengenai hal itu sebagai menjawab pertanyaan media mengenai doa dan harapan bapanya yang juga penerbit, Datuk Yusof Haslam agar urusannya dipermudahkan, sebelum ini.
“Itu urusan keluarga dan urusan keluarga, selesaikan di antara keluarga. Seperti saya cakap, apa sahaja isu peribadi, saya pilih untuk tidak berkongsi dengan media.
“Kalau kita ada isu keluarga, kita tak perlu babitkan jiran kita, betul tak? Sebab benda itu boleh mengeruhkan keadaan. Itu sahaja yang saya mampu cakap,” katanya.
Terdahulu, Yusof berharap agar anaknya itu dikuatkan semangat bagi menghadapi dugaan dalam rumah tangganya.
“Saya doakan Syamsul kuatkan semangat dia untuk menghadapi apa sahaja cabaran dan dugaan. Jadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran,” katanya.
Terdahulu pada 5 September lalu, Syamsul sah bercerai talak satu dengan bekas isteri, Ira Kazar selepas Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor memutuskan lafaz cerai taknik yang dibuat di luar mahkamah adalah sah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Chef selebriti, Anis Nabilah meminta ramai untuk tidak memberikan perhatian terhadap kenyataan tular baru-baru ini yang mendakwa rasa nasi kandar di negara ini seperti ‘berpasir’ dan tidak asli.
Menurut Anis, sekiranya kita terus memberikan perhatian, individu tersebut akan merasakan dirinya lebih besar.
“Keluarga ibu saya berasal dari Pulau Pinang. Jadi, saya memang dibesarkan dengan makan nasi kandar. Saya nampak ramai yang marah bila berita tersebut tersebar. Saya juga terkejut.
“Pada saya, ia tidak sopan. Namun, lebih baik kita tidak berikan perhatian. Bila ramai yang kongsi dan berikan komen, lebih banyak kuasa yang kita berikan kepada individu tersebut,” katanya kepada MH.
Anis berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pelancaran outlet terbaharu, Illy Caffe di Nu Central, Kuala Lumpur pada Khamis.
Pada masa sama, pengacara program Eating Wild ini juga menyifatkan tindakan chef berkenaan tidak sesuai kerana tidak menghormati makanan tradisi negara lain.
“Tidak dinafikan dia pandai memasak. Pada saya, rasa ini sangat subjektif. Saya sudah pergi serata dunia dan mencuba pelbagai jenis makanan termasuk menu pelik.
“Sekali pun saya tak pernah mengkeji makanan sama ada di hadapan atau belakang orang. Apatah lagi ketika ingin memberikan komen di televisyen atau media sosial.
“Kita kena hormat terutama sekali makanan tradisional negara lain. Sebagai manusia yang ada adab, kita tidak akan berkata buruk tentang tradisi orang lain.
“Mungkin dia kurang adab. Jadi, tak perlulah kita beri perhatian,” ujarnya lagi.
Katanya lagi, dia juga tidak pernah melihat chef-chef terkemuka dunia memberikan komen-komen jelik terhadap makanan tradisi sesebuah negara.
“Saya tak tahu kenapa dia buat kenyataan tersebut. Sebagai seorang profesional, kita tidak akan keluarkan kenyataan seperti itu.
“Malah, chef terhebat dunia pun tidak akan bercakap sebegitu. Kalau tak sedap, mereka akan kata makanan tersebut mungkin tidak sesuai dengan tekak.
“Mungkin pemilihan kata-katanya agak teruk atau mungkin dia tidak profesional,” akhirinya.
Terdahulu, Illi Cafee turut melancarkan menu terbaharu yang diberi nama ‘Maritozzi Collection’.
Terdapat enam jenis pilihan maritozzi savoury iaitu Mushroom Pesto, Smoked Salmon with Mascarpone, Beef Bresaola & Homemade Habanero Jam, Truffled Scrambled Egg & Chicken Sausage, Spicy Tuna Mayonnaise dan Prawn Paprika.
Manakala untuk pilihan maritozzi manis pula, Illy cafee memperkenalkan perisa Classic Maritozzo, Pistachio & Salted Caramel Maritozzo, Raspberry Maritozzo dan Tiramisu Maritozzo.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Buat penggemar filem tamil tempatan, nama Denes Kumar bukanlah satu yang asing.
Denes merupakan antara pelakon, pengarah dan penerbit terkenal yang telah menghasilkan pelbagai naskhah hebat dan yang paling sukses sudah tentulah filem trilogi Vilaiyaatu Pasange, Vetti Pasanga dan Vedigundu Pasangge.
Apa yang menarik perhatian MH adalah kemampuan Denes untuk menggarab filem-filem yang sangat dekat dengan masyarakat terutamanya buat bangsa India.
Menerusi tiga filem ini juga, pengarah berusia 42 tahun ini ingin menekankan bahawa ilmu sememangnya sangat penting dan akan mempengaruhi pemilihan hidup seseorang.
Malah, Denes juga mahu mengubah stereotaip bahawa kaum India sering terlibat dengan gejala jenayah. Menurutnya, masalah jenayah ini bermula kerana salah memilih rakan dan pergaulan yang terlalu bebas.
Pada masa sama, bapa kepada dua orang cahaya mata ini ingin memaparkan realiti bahawa tidak semua wanita mampu menjadi ibu yang baik dalam mendidik anak-anak.
Selepas sukses menerusi tiga filem ini, Denes meneruskan kesinambungan dengan menghasilkan drama siri Pasanga yang kini sudah memasuki musim kedua.
Bukan setakat itu, Denes juga dikira bertuah selepas terpilih untuk mengacarakan sebuah program travelogue yang berjudul ‘KL 2 Karaikudi’.
Dalam program ini, Denes harus mengembara sehingga ke negara India dengan menaiki motosikal berkuasa besar bersama rakan pengacara wanita daripada Singapura.
Penggambaran yang memakan masa selama 100 hari ini memaparkan keindahan sepanjang perjalanan menuju ke India.
Pada masa sama, Denes sempat berseloroh bahawa program ini sedikit sebanyak membuatkan isterinya berasa cemburu.
Berkongsi mengenai program menarik yang boleh ditonton di aplikasi Astro Go dan sooka, Denes menyarankan untuk menonton program paranormal, Pei Vettai dan drama Mente dan Tamiletchumy.
Menurut Denes, ke semua program ini mempunyai kualiti yang sangat baik dan sesuai ditonton bersama keluarga.
Dalam pada itu, Denes turut memaklumkan dirinya juga suka menonton program-program berbahasa Melayu yang ditayangkan di Astro Go dan sooka, seperti Travel Lawak Projek Bapak-Bapak.
Menurut Denes, program seperti ini sememang sangat menghiburkan lebih-lebih lagi apabila dapat bercuti dan melakukan pelbagai aktiviti menarik bersama rakan-rakan baik.
Katanya lagi, dia juga berkemungkinan akan melakukan hal-hal yang sama ketika menginjak usia sebegitu nanti.
Malah, Denes yang juga merupakan penyanyi turut mengagumi kebolehan artis-artis tempatan yang bersaing di program The Hardest Singing Show.
Jelas Denes, para artis ini sanggup mengambil risiko demi menampilkan persembahan luar biasa.
Katanya, sekiranya usianya masih muda, berkemungkinan besar dia juga akan sertai program berkenaan.
Terdahulu, jika anda ingin menonton drama atau program tv yang dicadangkan oleh Denes itu, jom usha secara On Demand dan strim di Astro Go dan sooka, bila – bila masa dan di mana sahaja korang berada.
Bukan setakat itu, korang juga boleh mengimbau nostalgia dengan menonton program-program terbaik yang pernah disiarkan di platform Astro dan sooka. Jom usha sekarang.
Saksikan video penuh temu bual Denes Kumar ini di saluran Youtube Astro Malaysia.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Berbelas tahun bersahabat baik, pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini menghadiahkan busana perkahwinan berwarna biru buat primadona alaf baru, Erra Fazira.
Menurut Rizman Nordin, adalah menjadi...