Ads

Hadiah Persahabatan Bertahun Lamanya, Rizman Ruzaini Reka Busana Biru Istimewa, Khas Buat Erra Fazira

Berbelas tahun bersahabat baik, pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini menghadiahkan busana perkahwinan berwarna biru buat primadona alaf baru, Erra Fazira.

Menurut Rizman Nordin, adalah menjadi impiannya untuk mereka busana indah buat penyanyi lagu Cinta Abadi itu.

“Saya mengenali Erra sudah lama. Tetapi ketika kami berkenalan, dia sudah pun berumah tangga ketika itu.

“Jadi bila dia nak kahwin lagi, sudah semestinya kami ingin menghadiahkan busana perkahwinan kepadanya.

“Hadiah ini adalah tanda persahabatan yang terjalin di antara kami sejak sekian lama,” katanya.

 

Ads

Hadiah Persahabatan Bertahun Lamanya, Rizman Ruzaini Reka Busana Biru Istimewa, Khas Buat Erra Fazira Hadiah Persahabatan Bertahun Lamanya, Rizman Ruzaini Reka Busana Biru Istimewa, Khas Buat Erra Fazira Hadiah Persahabatan Bertahun Lamanya, Rizman Ruzaini Reka Busana Biru Istimewa, Khas Buat Erra Fazira

Nilai Persahabatan Lebih Bermakna

Ditanya mengenai inspirasi di sebalik rekaan busana pernikahan tersebut, Rizman menjelaskan aktres dan penyanyi itu sekadar menginginkan baju kurung moden yang sederhana dan polos.

“Erra beritahu dia mahukan baju kurung moden yang ‘simple’ sahaja untuk majlis nikah. Tetapi mengenali Rizman Ruzaini, pastinya kita akan menghiasi busana itu dengan sulaman manik yang indah.

Ads

“Bekerja dengan Erra sangat mudah. Dia terbuka dengan idea yang kita kongsikan. Dia percaya dengan hasil kerja kita. Dia pula memang dah cantik, pakai apa pun cantik,” jelasnya lagi.

Rizman turut merahsiakan harga busana perkahwinan tersebut kerana baginya persahabatan yang terjalin bersama Erra jauh lebih bernilai.

Melihat Erra kembali berumah tangga, Rizman mengakui dia turut menumpang bahagia dan berharap perkahwinan yang dibina kali ini kekal hingga ke syurga.

Ads

“Dulu setiap kali berjumpa untuk ‘fitting’ baju, saya selalu tanya Kak Erra bila nak kahwin. Dan dia selalu suruh saya carikan calon untuknya.

“Bila akhirnya dia bertemu dengan pasangan yang sesuai, saya tumpang bahagia untuknya. Alhamdulillah, semoga berkekalan sampai bila-bila,” ujarnya.

Terdahulu, Erra selamat diijabkabulkan dengan usahawan, Ezwan Zain dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Kampung Melayu Subang pada pukul 9.19 pagi tadi.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Mereka Sepatutnya Lihat Saya Menang Dalam Keadaan Cantik,” – Mohon Maaf...

Memutuskan untuk pulang sebelum program tamat, penyanyi Ernie Zakri mengakui langsung tidak menjangkakan dirinya bakal memenangi Anugerah Bintang Paling Popular 2025 (ABP37).
error: Hello. Cannot.