Siapa kata kita tidak boleh berbaik dengan ‘ex’?

Pelakon, Gwyneth Paltrow buktikan bahawa dia masih lagi mempunyai hubungan yang baik dengan bekas suaminya, Chris Martin.

Baru-baru ini Martin menyambut hari lahirnya yang ke-41 dan tentunya Paltrow tidak melepaskan peluang untuk memberikan ucapan hari lahir terhadapnya.

IKLAN

Menerusi laman Instagram miliknya, Paltrow muat naik gambar dia bersama Martin dan dua anak mereka, Apple dan Moses.

“Happy Birthday my brother, thank you for giving me these two,”tulisnya.

Gwyneth Paltrow ‘Wish’ Selamat Hari Lahir Pada Bekas Suami, Chris Martin

IKLAN

Pasangan ini berkahwin selama 12 tahun sebelum memutuskan untuk bercerai pada tahun 2016 lalu.

Gwyneth Paltrow ‘Wish’ Selamat Hari Lahir Pada Bekas Suami, Chris Martin

IKLAN

Dalam pada itu, Paltrow juga pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Martin merupakan ahli keluarganya.

“Kami adalah keluarga, walaupun bukan dalam keadaan ‘romantik’ tapi masih lagi famili.

“Oleh sebab itu, kami sering melakukan aktiviti kekeluargaan bersama-sama untuk menunjukkan bahawa kami adalah keluarga terutamanya kepada anak-anak dan diri sendiri,”katanya lagi.

Sumber: IG Gwyneth Paltrow

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI