Amelina kembali menduduki carta teratas di dalam kedudukan ranking persembahan di saingan GV5 minggu keenam.
Menyampaikan lagu Seroja, Amelina dilihat konsisten sepanjang persembahan, sekali gus meletakkan penyanyi Asyik ini di tangga pertama dengan 78.00 %.
Billy Zulkarnain berada di tempat kedua dengan 77.5%. Ini dia kedudukan para peserta lainnya mengikut kedudukan.
Zamani- 72.8%
Ads
Dia Fadila – 70.8
Mya Ruslee – 68.2%
Noryn Aziz – 64.3%
Ads
Forteen – 63%
Hetty Sarlene – 62.8%
Farawahida – 61.5% (terkeluar daripada saingan)
Ads
Sementara itu, Datuk Ramli MS mengakui Farawahida menduduki tangga paling corot kerana masalah gementar dan ada sebahagian persembahannya yang ‘off pitch’.
“Dia shacking dan banyak bahagian yang ‘off pitch’. Saya adili vokal dan saya perlu adil. Pada awalnya, dia tiada banyak masalah tetapi seterusnya makin banyak kesalahan.
“Banyak buat kesilapan hingga secara totalnya, dia yang paling banyak error,” katanya kepada MH.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Raja Ilya atau nama sebenarnya, Raja Ramilah Begum Raja Mohammad mengesahkan sudah bergelar tunangan kepada jejaka Australia yang hanya mahu dikenali sebagai TWG, dua minggu lalu.
Katanya, dia tidak mahu heboh mengenai kisah pertunangan dengan jejaka asal Perth itu kerana mahu memberi ruang buat diri dan si tunang.
Bagaimanapun, bintang cantik itu tidak menafikan, fasa tunang merupakan suatu fasa yang paling manis, apatah lagi sesi berkenaan sebenarnya dilakukan secara mengejut, tidak dirancang.
“Saya sudah bertunang pada 23 Oktober lalu. Ketika itu saya di Langkawi dan dia ada menyatakan hasrat untuk bertunang. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan dan saya kini bergelar tunangan orang,” katanya kepada MH sambil menunjukkan cincin tunangnya.
Ditanya perihal detik awal perkenalannya dengan lelaki berusia pertengahan 30-an itu dengan lebih lanjut, Raja Ilya memberitahu hubungan yang dibina tidaklah berlaku dengan pantas.
Sebaliknya, mereka kenal antara satu sama lain secara tak sengaja ketika dia masih berkhidmat sebagai pramugari bersama Air Asia lebih tujuh tahun lalu.
“Jujurnya saya pernah alami fasa kecewa sekitar tahun 2011 lalu mengambil keputusan untuk beralih kepada kerja di awan biru sekejap. Saya kenal tunang pun setahun selepas itu apabila dia menaiki pesawat sama. Saya pula ketika itu sedang bertugas dalam perjalanan ke Bangkok, Thailand.
“Awalnya, saya bersama krew kabin lain memang dah perhatikan dia. Saja suka-suka dengan rakan sekerja. Masa tu pun, saya jugalah yang lakukan safety demo dan ada perasan, dia pandang dan senyum saja.
“Masa mendarat, saya tengah kemas-kemas tempat duduk penumpang lalu terjumpa boarding pass dia. Saya ambil dan tiba-tiba terselit pula nombor telefon dan akaun Facebooknya.
“Masa tu pula saya satu-satunya pramugari, jadi saya fikir ia memang ditujukan untuk sayalah,” katanya seloroh mengimbau memori.
Terdahulu, Ilya ditemui di set penggambaran drama Syurgaku Tak Sempurna 2 di Ombak Kitchen, Shah Alam pada Sabtu. Turut sama di set berkenaan ialah para pelakon lain seperti Haliza Misbun dan Zarina Zainoordin.
Syurgaku Tak Sempurna 2 merupakan kesinambungan kepada kejayaan siri pertamanya yang sebelum ini merekodkan bilangan penonton lebih 4.4 juta ketika bersiaran di Hypp TV tahun lalu.
Drama bersiri sebanyak 30 episod itu bakal bersiaran menerusi saluran sama, Mac tahun hadapan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Normah Damanhuri mengatakan bahawa isu bayaran pelakon untuk sesuatu projek itu tidak seharusnya menjadi satu isu.
Katanya, tidak perlu ada soal perbezaan bayaran yang dikenakan kepada pelakon yang sudah memenangi anugerah dengan yang lain.
“Sepatutnya, pihak tertentu kena tahu menilai kerja kita. Bila kita dah beri komitmen penuh, disiplin serta fokus untuk sesuatu watak itu, kiranya memang all out untuk kerja yang diberi.
“Jadi kenalah nilai daripada situ dan tahu berapa perlu bayar seseorang itu,” katanya kepada MH.
Normah berkata demikian ketika ditemui Anugerah Skrin 2018 (ASK) bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pada Jumaat.
Katanya lagi, Normah turut berkongsi harga ‘tidak masuk akal’ yang diterimanya sepanjang bergelar pelakon.
“Ada satu projek, hari shooting banyak, episod pun banyak, lokasi juga banyak tapi harga yang dibayar itu seperti harga satu telemovie, agak-agaklah berapa, jadi saya terpaksalah tolak secara baik.
“Sebenarnya semua ini rezeki, kadang-kadang dapat yang okay, tapi kalau yang tak ok tu memang tak ok sangat.
“Kalau ikutkan memang saya nak kerja lagi-lagi dah umur begini, selagi sihat memang nak kerja, tapi kalau terlampau rendah sangat memang sedih. Tapi tak semua lah begitu. Kalau yang okay, okay sangat,” kongsinya lagi.
Pada malam ASK, Normah membawa pulang trofi kemenangan untuk kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem bagi filem Pinjamkan Hatiku.
Foto/Instagram: Normah Damanhuri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat secara profesional tampil menjelaskan insiden yang terjadi antara dirinya dan pengacara Sherry Alhadad, baru-baru ini.
Semuanya bermula apabila sepotong video Ayda memperkatakan mengenai saiz kaki Sherry tular di laman sosial. Program tersebut dirakam pada suatu majlis hiburan.
Lalu, netizen mulai mengecam Ayda dan menuduh penyanyi lagu Pencuri Hati itu secara tidak langsung telah melakukan ‘body shaming’ terhadap Sherry.
Tidak melatah dengan isu berkenaan, Ayda menyatakan penjelasan ketika dihubungi MH.
“Saya terima kecaman itu dengan rasa tanggungjawab sebab saya yang melafazkan dialog tersebut.
“Sebenarnya, saya dan Sherry sudah berbincang mengenai perkara terbabit lebih awal sebelum program itu berlangsung.
“Ketika bersiaran, saya rasa semua orang tahu, perkara yang sudah kita rancang itu akan jadi terlebih atau terkurang.
“Tetapi, jika ada yang terasa hati atau terguris dengan kata-kata saya, dengan rendah hati saya memohon maaf.
“Sejujurnya, saya tidak pernah terdetik, malah jauh sekali niat saya mahu menghina sesiapa,” katanya jujur.
Enggan memanjangkan perkara tersebut, Ayda menjadikan insiden ini sebagai peringatan untuk dirinya.
“Saya percaya apa yang telah terjadi ini ada hikmahnya. Baik atau buruk saya menerima dengan berlapang dada.
“Saya menjadikan ia sebagai proses pembelajaran untuk saya memperbaiki diri.
“Saya anggap kecaman dan teguran yang datang itu kerana mereka sayang dengan saya. Saya menerimanya dengan positif,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Ayda kini sedang dalam proses untuk menyiapkan single terbaru yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Foto/Instagram: Ayda Jebat & Sherry Alhadad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan Ezwan Zain mengulas mengenai majlis resepsi hari bahagianya bersama isteri tercinta, Erra Fazira, pada Sabtu.
Bapa kepada seorang cahaya mata itu juga turut mengulas...