Gurau Nak Buat Majlis Sebab Komen ‘Private Wedding…No Camera And Phone Allowed’ Pada Foto Bersama Reekateemor, Neelofa Minta Bertenang

Share

Nama pengacara dan usahawan, Neelofa sekali lagi menjadi perhatian apabila fotonya yang dirakam bersama perunding perkahwinan dan pereka pelamin, Rekateemor menjadi bualan peminat.

Meski ia telah dikongsi sendiri Reekateemor melalui media sosial Instagram lebih seminggu lalu, namun perkara tersebut menimbulkan tanda tanya peminat yang ada mulai berteka-teki, adakah pertemuannya bersama bekas hos MeleTOP itu adalah bagi membincangkan perancangan majlis resepsi pula?

Lalu, pelbagai komen telah ditulis warganet dan Neelofa sendiri dilihat turut meningglkan respon terhadap posting berkenaan.

“Private wedding… No camera and phone allowed,” tulis Neelofa pada ruangan komen foto berkenaan dalam bentuk emoji.

Bagaimanapun, perkara tersebut dinafikan Neelofa dan menyifatkan reaksi tersebut hanyalah gurauan semata.

“Kidding guys! Bertenang,” balas Neelofa ringkas beserta emoji.

Terdahulu, Neelofa dan suaminya, Haris Ismail yang turut sinonim disapa sebagai PU Riz  disatukan sebagai suami isteri pada 27 Mac 2021 lalu di sebuah hotel di ibu negara.

Foto: Instagram Neelofa, Reekateemor

IKLAN