Nama pengacara dan usahawan, Neelofa sekali lagi menjadi perhatian apabila fotonya yang dirakam bersama perunding perkahwinan dan pereka pelamin, Rekateemor menjadi bualan peminat.
Meski ia telah dikongsi sendiri Reekateemor melalui media sosial Instagram lebih seminggu lalu, namun perkara tersebut menimbulkan tanda tanya peminat yang ada mulai berteka-teki, adakah pertemuannya bersama bekas hos MeleTOP itu adalah bagi membincangkan perancangan majlis resepsi pula?
Terdahulu, Neelofa dan suaminya, Haris Ismail yang turut sinonim disapa sebagai PU Rizdisatukan sebagai suami isteri pada 27 Mac 2021 lalu di sebuah hotel di ibu negara.
Usahawan Datuk Seri Aliff Syukri mengakui sedang cuba menjadi individu yang lebih baik seiring dengan kematangan usianya.
Malah dia kini memilih untuk kerap isi masa bersama keluarga berbanding mengejar konten di media sosial.
Jelas Aliff, kesedaran tersebut mulai timbul apabila anak-anaknya kini meningkat dewasa selain galakan isteri, Datin Seri Noor Shahida yang turut mempengaruhi perubahan berkenaan.
“Saya berazam untuk jadi individu yang lebih matang. Saya pun dah semakin tua dan anak-anak makin meningkat remaja. Mereka sudah pandai untuk nilai dan baca komen netizen mengenai saya.
“Selain itu, saya cuba berubah kerana isteri juga. Dialah yang menjadi ‘cikgu disiplin’ dan mengajar saya. Pada tahun ini saya bertaubat, sudah tak nak riak.
“Sebenarnya saya merasakan bila kita hidup tanpa kontroversi ni lagi seronok. Malah saya dah lama saya nak jadi begini, cuma orang lain yang asyik mencari salah saya. Ada saja yang tidak kena. Saya teruja nak jadi Aliff Syukri yang baru.
“Bila saya berubah, dia lebih baik melayani saya dan lebih romantik. Dulu tak ada dia nak cakap ‘darling’ dekat saya. Kami ni pasangan yang kontra jadi kami melihat situasi tersebut dalam sisi yang baik,” katanya kepada MH.
Sementara itu, Shahida menyambut baik perubahan tersebut dan akui suaminya sedaya upaya untuk menjadi ketua keluarga yang lebih baik daripada sebelumnya.
“Saya gembira dan alhamdulillah. Saya bersyukur bila kata nak berubah. Dia pun tidak lagi terlalu beriya-iya untuk buat konten di media sosial dan banyak lebihkan masa bersama keluarga.
“Memang dia cuba bersungguh-sungguh… banyaklah perubahannya itu,” kata Shahida.
Aliff pada masa sama akui pada fasa sekarang, dia perlu memilih di antara wang ringgit atau maruah serta keluarga.
“Dulu bila saya lakukan program di YouTube, saya pernah dapat bayaran kira-kira RM100,000. Cuma pada ketika ini, saya kena pilihan antara duit atau kematangan.
“Kita mungkin akan dapat duit, tapi kita akan hilang keluarga, darjat dan akan buatkan kita nampak murah. Mana satu yang saya nak? Sejak itulah, saya fikir diri ni sudah tua, umur 34 tahun.
“Anak saya pun dah nak sama tinggi dengan saya. Kadang-kadang bila hantar anak ke sekolah, ada rakan dia yang beritahu mereka nampak saya di media sosial. Sedikit sebanyak buat saya terfikir mengenai komen yang mengecam dan sebagainya.
“Boleh dikatakan fasa ini berlaku secara semula jadi. Bahkan bila bapa kandung meninggal dunia, saya ada terfikir ‘kalau aku mati esok, adakah aku akan tinggalkan video yang tak baik atau tak bagi manfaat pada orang? Saya taklah kata saya ni malaikat, cuma saya cuba nak jadi lebih baik,” katanya lagi.
Aliff yang pernah muncul menerusi single, Cuba Bahagia itu berkata demikian ketika ditemui di majlis Pameran Pra-Pelancaran Gintel S7 SuperChaiR, di Sunway Pyramid, baru-baru ini.
Dalam majlis itu, dia turut diperkenalkan sebagai E-Ambassador untuk produk terbabit. Turut sama meraikan pelancaran terbabit ialah Pengarah Kumpulan Pengurusan Gintell, Dato’ Goh Cheh Yak.
“Saya rasa gembira. Teruja juga pada masa sama, sebab ingatkan bila ada kontroversi ni mungkin dah tak laku. Tapi ada juga rezeki, syukur alhamdulillah.
“Sejujurnya saya memang pengguna Gintell dan kisahnya ada sebelum ini ada buat ‘live’ di Instagram, menyatakan saya sedang berurut dengan ‘kerusi’ jenama berkenaan sehinggalah pihak mereka menghubungi saya secara ‘direct mesagge’.
“Daripada situlah proses tawaran itu berlaku. Saya menjadi duta selama setahun dan antara komitmen yang saya perlu lakukan setakat ini ialah melakukan promosi di media sosial selain menghadiri majlis yang dianjurkan mereka,” katanya lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor dan suami, Muhammad Haris Mohd Ismail atau lebih dikenali PU Riz dikenakan kompaun berjumlah RM60,000 selepas didapati ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Turut dikompaun ialah ahli keluarganya.
Memetik Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah dipetik sebagai berkata, kertas siasatan kes terbabit telah dikembalikan dari Pejabat Peguam Negara pada Isnin dengan keputusan mengenakan kompaun.
Sumber: Sinar Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyampai radio, Riena Diana menilih untuk memakai tudung sepanjang Ramadan tahun ini.
Menurut Riena, selain mahu mengumpul pahala di bulan mulia ini, dia juga mengakui kini dalam proses untuk belajar serta merasai pengalaman berhijab.
Menerusi Harian Metro, pelakon Kampung People ini juga mahu mengambil keberkatan di bulan mulia ini.
“Sebenarnya saya belum terfikir nak pakai tudung sepenuhnya lagi, tapi saya ambil keberkatan bulan Ramadan ini dengan memakai tudung sepanjang mengendalikan segmen Geng Pagi Hot di stesen radio Hot FM.
“Ketika saya maklumkan kepada penerbit untuk membawa karakter bertudung di konti radio sepanjang bulan puasa ini, dia memberi galakan dan menyokong pilihan yang saya buat.
“Saya anggap ini adalah permulaan untuk saya membiasakan diri sebelum mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya satu hari nanti. Apapun, doakan semoga impian untuk berhijab dipermudahkan,” katanya.
Jelasnya lagi, Ramadan yang dilalui lebih bermakna sejak menutup kepala.
“Jujur macam-macam perasaan bermain di fikiran, tapi apa yang lebih menyeronokkan bila rasa puasa kita lebih bermakna.
“Lagipun, tahun lalu ada beberapa hari yang saya tidak dapat berpuasa kerana jatuh sakit. Tapi, tahun ini insha-Allah saya akan berpuasa penuh selain tidak dapat berpuasa kerana keuzuran,” katanya.
Terdahulu, Riena dipilih menjadi penyampai radio baharu di Hot FM, sekali gus melengkapkan trio Geng Pagi Hot (GPH) bersama Fizie dan Mark Adam sejak Februari lalu.
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bagi meraikan bulan Ramadan tidak lama lagi, Astro berbesar hati untuk menganjurkan program Majlis Ambang Ramadan ‘Hello Terangganu’ yang akan berlangsung pada 7 Febuari depan di Masjid Seberang Takir, Terengganu.