“Gundah-Gulana Menanti…,” – Tahniah! Isteri Vokalis Kugiran Masdo, Ali Sariah Selamat Bersalin Anak Sulung

Share

Vokalis kumpulan Kugiran Masdo, Ali Sariah berkongsi berita gembira apabila memaklumkan bahawa isterinya kini telah pun selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka.

Dalam pada itu, Ali turut meluahkan bersyukur dengan segala rezeki yang telah dikurniakan tuhan buat dirinya selama ini.

“Gundah gulana menanti kehadiranmu, Anugerah terindah dalam hidup aku dan dia.

“Tuhan terima kasih untuk segalanya. Gws my son!,” tulisnya.

Khabar gembira tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagi Dinda itu menerusi akaun Twitter miliknya.

Pada masa sama, Ali turut mendedahkan bahawa Muhammad adalah nama yang telah dia berikan buat putera sulungnya itu.

Malah, berempena dengan kelahiran tersebut, Ali turut telah menciptakan sebuah lagu yang didedikasikan khas buat anaknya itu.

“Duhai anugerah terindah, semoga lekas sembuh.

“P/s : lagu ni ayah karang khas untuk Muhammad,” kongsinya di ruangan Instagram.

Melihat di ruangan komen pula, rata-rata peminat menitipkan ucapan tahniah buat Ali dan isteri bersempena dengan kehadiran ahli keluarga baru itu.

Terdahulu, Ali telah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Natasha Nurain Mohd Azman, 22, pada tanggal 9 Ogos 2019.

Sumber: Twitter & Instagram Ali Sariah

IKLAN