Categories: Uncategorized

Guna Penimbang ‘Tepung’ Untuk Tahu Berat Indah Nuha, Ramai Terhibur Cara Ain Sufia Layan Anak

Share

Pelakon dan pelawak, Ain Sufia teruja apabila anak perempuannya, Indah Nufa membesar dengan baik dan sihat.

Ain atau nama lengkapnya Nurul Ain Othman menggunakan alat penimbang untuk melihat berat badan anaknya yang kini berusia tujuh bulan.

“Timbang @indah.nufa guna timbang tepung atok. Dah 7 bulan masa 30hb. Tak tau berapa berat dia dah sekarang. 

“Penimbang berat digital takda. Yg ada penimbang berat tepung atok nak buat roti canai. Bedal jelaaaaaa 

“Nasib baik bapak dia @matnor_forza takda masa kejadian ni. Kalau tak kompom bapak dia tak bagi kejadian ni berlaku. 

“Ahhh anak aku jugakk. Kisahhh pulakkk dia nak marah ,” tulisnya

Menerusi video tersebut, Ain memasukkan Indah ke dalam bakul, lalu menimbangnya.

Ia sekali gus, membuatkan ramai terhibur kerana pelawak itu menggunakan kaedah tersebut.

Untuk rekod, Ain mendirikan rumah tangga bersama Mohd Nor Ab Mutalib pada 1 Februari 2019.

Mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Indah Nufa yang dilahirkan pada 30 Oktober 2019 seberat 3.62kg.

Foto : Instagram Ain Awok

IKLAN