Pelakon dan pelawak, Ain Sufia teruja apabila anak perempuannya, Indah Nufa membesar dengan baik dan sihat.

Ain atau nama lengkapnya Nurul Ain Othman menggunakan alat penimbang untuk melihat berat badan anaknya yang kini berusia tujuh bulan.

“Timbang @indah.nufa guna timbang tepung atok. Dah 7 bulan masa 30hb. Tak tau berapa berat dia dah sekarang. 

“Penimbang berat digital takda. Yg ada penimbang berat tepung atok nak buat roti canai. Bedal jelaaaaaa 

“Nasib baik bapak dia @matnor_forza takda masa kejadian ni. Kalau tak kompom bapak dia tak bagi kejadian ni berlaku. 

IKLAN

“Ahhh anak aku jugakk. Kisahhh pulakkk dia nak marah ,” tulisnya

Menerusi video tersebut, Ain memasukkan Indah ke dalam bakul, lalu menimbangnya.

IKLAN

Ia sekali gus, membuatkan ramai terhibur kerana pelawak itu menggunakan kaedah tersebut.

Untuk rekod, Ain mendirikan rumah tangga bersama Mohd Nor Ab Mutalib pada 1 Februari 2019.

Mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Indah Nufa yang dilahirkan pada 30 Oktober 2019 seberat 3.62kg.

IKLAN

View this post on Instagram

🎉🎊🎁🎈🎉 @indah.nufa dah cucuk 5 bulan! Walaupun kita semua kena #stayhome tapi cucuk anak / ambik vaksin yang dah dijadualkan kena pergi ambik jugak utk bg antibodi anak kita kuat. Lebih2 lagi dengan keadaan macam2 penyakit, kanak2 antara yang mudah dijangkiti. Kalau ada parents yg tak nak amek vaksin utk anak fikir2 lah balik. Persekitran dulu tak sama dgn sekarang. Jangan lah jadi ibu bapa yg selfish 🙏🏻🙏🏻. . Masa nak ke KK utk cucuk ni pun risau mesti ramai org. Dah risau macam2 bahaya, dekat2 ngn orang tapi surprisingly masa sampai tu ada 4-5 org je mak yg tgh bawak baby nak check up! Seat dlm tu pun dah siap2 ditanda mana yg boleh duduk ikut jarak yg dibenarkan. Terus rasa selamat. @kementeriankesihatanmalaysia 👍👍👏👏 . Yessss so ibu mengandung & anak2 yg ada appointment check up time skrg ni jgn takut2 nak pergi. Jangan skip tau! Sentiasa berdoa 🤲. Semoga kita semua sihat dan dilindungi drpd wabak penyakit. Aminn #staysafe #stayathome #covid19goawayplease #vaksin #vaccine

A post shared by Ain AWOK (@ainsufiaa) on

Foto : Instagram Ain Awok

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI