Pada mereka yang meminati kumpulan Super Junior-M tentu mengenali pemilik nama Henry. Dia merupakan ‘maknae’ dalam grup tersebut.
Walaupun sudah lama Super Junior-M tidak aktif dan kebanyakkan ahlinya kini lebih banyak terlibat dalam aktiviti solo, nama Henry sering bermain di bibir peminatnya.
Baru-baru ini, Henry mengejutkan peminatnya apabila mengumumkan akan meninggalkan agensi gergasinya, SM Entertaiment dan bergerak secara solo.
Perkara tersebut turut disahkan oleh SM Entertainment.
“Kontrak eksklusif Henry bersama kami tamat baru-baru ini dan kami mengambil keputusan untuk menamatkannya dengan baik,” tulis kenyataan tersebut.
MH turut difahamkan bahawa Henry akan menubuhkan agensi baru khas buat dirinya untuk menguruskan aktivitinya pada masa akan datang.
Pada MH, tindakan Henry itu seperti sudah boleh diagak memandangkan dia sebelum ini pernah menyuarakan ketidakpuasan hatinya terhadap agensi pengurusannya itu.
Selain itu, salah seorang ahli kumpulan FX, Amber dan juga ketua kumpulan ‘Girl’s Generation’ ada mengkritik secara terang-terangan agensi mereka menerusi media sosial.
Apa-apapun, MH yakin bahawa Henry sudah mempunyai rancangan untuk masa depannya. Dia bukan sahaja boleh menyanyi dan mengubah lagu malah dia juga aktif berlakon, mengacara serta terlibat dengan banyak rancangan realiti di Korea Selatan.
sumber: Soompi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI