Uncategorized

“Goodbye Fattah Amin, Hi Syafiq Kyle” – Netizen

Share

Baru sahaja bersiaran episod ke-3 di kaca TV, drama Mencintaimu Mr. Photographer telah menjadi bualan hangat buat pengguna Twitter hingga meletakkannya dalam senarai trending.

Rata-rata pengguna twitter memberi respons yang cukup positif dan memuji gandingan kedua pelakon ini.

Bersih daripada sebarang kontroversi mahupun gossip cinta lokasi, Syafiq dan Hanna membuktikan pada semua bakat lakonan mampu memberi impak yang besar dalam menjayakan jalan cerita tersebut.

Drama yang diterbitkan oleh MIG Productions Sdn Bhd inimembuatkan ramai yang ternanti-nantikan apakah yang bakal terjadi di episod seterusnya.

Apa yang menarik perhatian, ada sesetengah netizen yang mula beralih arah untuk meminati hero drama ini.



Malah lebih melucukan sehingga ada yang sanggup menghabiskan data telefon semata-mata untuk menonton drama ini.

Nampaknya strategi mengandingkan kedua pelakon ini, Shafiq Kyle dan Hannah Delisha benar-benar menjadi dan tidak dinafikan mereka berdua punyai chemistry yang sangat serasi.

Adakah drama ini mampu menandingi drama Hero SeorangCinderella? Sama-sama kita nantikan episod seterusnya.

Walau bagaimana pun, MH Online tetap sayangkan dua-dua Hero ini kerana mereka lahir dari program pencarian Hero Remaja. Masing-masing berbakat dan tidak dinafikan mempunyai peluang yang cerah dalam industri.

IKLAN