Good Sharing! 20 Hari Berpuasa, Yatt Hamzah Kongsi Doa Sepanjang Malam Lailatulqadar

Share

Seperti ketahui umum, seluruh umat yang beragama Islam sudah pasti menantikan malam Lailatulqadar tiap kali hadirnya Ramadan.

Pelakon, Yatt Hamzah ada berkongsi tips dan doa yang boleh diamalkan sepanjang 10 hari terakhir ramadan untuk mendapatkan rahmat malam Lailatulqadar.

“Malam ini akan masuk 20 RAMADHAN.. 20 hari berpuasa. Maka bermulalah pemburuan MALAM LAILATULQADAR.

“Amalkan DOA 6 perkataan ini untuk menjemput LAILATULQADAR.

“Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’ fu’ anni (Ya Allah, Engkau Maha Pemaaf dan Engkau mencintai orang yang meminta maaf, Maka maafkanlah aku). #bondaYattShare,” tulisnya.

Di samping itu, rata-rata peminat memberi ucapan terima kasih Yatt yang sudi berkongsi ilmu agama kepada peminat.

Semoga perkongsian Yatt dapat dijadikan sebagai amalan dan manfaat kepada semua.

Foto: Instagram Yatt Hamzah

IKLAN