Selain kisah Kylie Jenner yang sudah menamatkan spekulasi bahawa dia sudah pun bersalin bayi perempuan awal bulan ini, kakaknya  Kendall Jenner turut tidak terlepas daripada dihimpit kisah sensasi apabila dia secara lantang menyindir hubungan bekas teman lelaki kakak sulungnya, Kourtney Kardashian menerusi media sosial.

You Go Girl! Kendall Jenner Tempelak Anak Gadis Lionel Richie Ini Sebab…

Masakan tidak, super model termahal itu dikatakan tidak berpuas hati apabila Scoot Disik kini dikatakan sedang menjalin hubungan cinta dengan anak penyanyi legenda, Lionel Richie iaitu Sophia Richie yang baru berusia 19 tahun!

IKLAN

Lebih buat Kendall bengang bila mana lelaki berkenaan turut membawa dua anah buahnya, Masion dan Penelope bersiar-siar dengan gadis tersebut.

Lalu beberapa hari lalu, Kendall ada meninggalkan komen sinis di salah satu gambar Scoot di Instagram. Terkini, Kendall secara terang-terangan turut menamakan kuda barunya dengan nama kuda Sophia yang telah mati iaitu Dragon!

IKLAN

You Go Girl! Kendall Jenner Tempelak Anak Gadis Lionel Richie Ini Sebab…

Aduh…nampaknya catfight di antara dua selebriti ini kian menjadi-jadi sementara para peminat juga tidak sabar untuk menantikan apakah kesudahan perbalahan di antara dua model berkenaan.

IKLAN

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI