Golden Disc Award 2022: BTS & Aespa Gondol 4 Trofi, IU Menang Anugerah ‘Song Of The Year’

Share

Semalam, telah pun berlangsungnya majlis anugerah paling berprestij di Korea Selatan iaitu Golden Disc Award (GDA2022) yang kini memasuki edisi ke-36.

Dalam majlis yang gilang gemilang itu, kumpulan BTS dan Aespa antara yang paling cemerlang apabila masing-masing mengungguli empat anugerah.

BTS yang juga merupakan antara grup K-Pop lelaki yang paling berjaya di dunia itu telah berjaya membawa pula empat trofi iaitu Best Album (Bonsang) untuk ‘BE’, Best Digital Song (Bonsang) untuk Butter, Most Popular Artist dan Best Album (Daesang).

Turut cemerlang adalah kuartet wanita Aespa, yang membawa pulang empat trofi iaitu Artist of the Year, Digital Song Bonsang, Rookie Artist of the Year, dan Cosmopolitan Artist Award.

Dalam pada itu, penyanyi solo wanita yang juga merupakan penulis lagu, IU turut mencuri tumpuan apabila menggondol tiga trofi iaitu Digital Daesang (Song of the Year), Digital Song Bonsang, dan Album Bonsang.

Meskipun kini dalam tempoh rehat sementara, BTS tetap tidak menghampakan peminat apabila mendedahkan rakaman eksklusif konsert di Los Angeles buat kali pertama di kaca televisyen, sebagai sebahagian daripada persembahan.

Ia turut dimeriahkan dengan persembahan oleh STAYC, Stray Kids, The Boyz, Heize, ENHYPEN selain IU dan Aespa sendiri.

Acara penganugerahan itu dihoskan gandingan trio pengacara hebat iaitu Lee Seung-gi, Lee Da-hee dan Sung Si-kyung, disiarkan secara langsung menerusi saluran JTBC di Korea Selatan.

Di Malaysia pula, GDA2022 dapat disaksikan menerusi platform Astro Go dan Video On Demand (VOD)

IKLAN