“Gilalah, Ini Live Paling Gempak Saya Pernah…,” – Nama Kembali Disebut & Kisahnya Tular, Sekali Ini Yang Dilakukan Hafidz Roshdi

Share

Nama pelakon Hafidz Roshdi kembali menjadi sebutan susulan beberapa tangkap layar Insta story Instagram dipercayai milik isterinya, Nurul Shuhada yang memberi bayangan aktor berkenaan berlaku curang mencetuskan tular.

Menerusi tangkap layar yang dikongsi oleh akaun @shushukriii, individu berkenaan meluahkan rasa kecewa dan berterima kasih kepada wanita yang didakwa menjadi ‘penyondol’ dalam rumah tangganya.

Di dalam beberapa status berlainan, luahan tersebut antara lain turut menyifatkan wanita berkenaan seakan-akan tidak tahu malu apabila sanggup berkunjung ke rumah mereka sehingga membuatkan dia dan anak-anaknya menderita.

Dalam pada itu, hantaran terbaharu Hafidz di Instagram pula memaparkan dirinya sedang bertinggung sambil tangannya yang tuding ke arah bawah seolah-oleh ditunjuk kepada ruang komen.

“Tengah komen dekat bawah ke tu,” tulisnya pada bahagian kapsyen.

Hafidz yang juga Finalis Hero Remaja sezaman Fattah Amin dan Syafiq Kyle ini juga ada memuat naik foto lampiran di Insta Story, termasuk meminta ramai mengikuti akaun TikTok miliknya.

Sementara itu, Hafidz sempat membuat sesi siaran langsung di Instagram (IG Live) yang terkejut dengan jumlah pengikut yang sedang menontonnya pada ketika itu.

“Gilalah, ini live paling gempak saya pernah…,” katanya lalu menamatkan sesi IG Live selepas beberapa ketika.

Usaha MH bagi mendapatkan kenyataan daripada Hafidz sendiri bagaimanapun tidak berjaya apabila dia tidak membalas mesej yang memintanya menjelaskan situasi sebenar susulan isu yang berlaku.

Sebelum ini, aktor berusia 29 tahun itu pernah dikaitkan dengan tuduhan curang iaitu dengan menghantar mesej mesra dengan wanita lain sehingga kelakuan itu didakwa telah dihidu isterinya.

Namun Hafidz menafikan tuduhan dirinya berlaku curung kepada media dan memilih untuk tidak berkongsi gambar isteri kerana ia untuk tatapan peribadi mereka sahaja.

Untuk rekod, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Shuhada pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar yang kini berusia dua tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

IKLAN