Gigi Anak Wawa Zainal Rosak Teruk, Doktor Nasihat Cabut Semua

Gigi anak sulung kepada pasangan Wawa Zainal dan Aeril Zafrel iaitu Ahmad Fakharuddin Attar, 3, perlu dicabut kesemuanya atas nasihat doktor kerana rosak teruk.

Perkara itu didedahkan oleh Wawa menerusi entri terbarunya semalam beserta kapsyen ringkas,

“Tula isap botol susu je. Kan dah kena jumpa doktor gigi, doktor bagi saranan cabut semua gigi Attar sebab rosak terus. Abis lah. Lepas ni tak ada gigi dah,” tulisnya.

Menerusi entri tersebut, Wawa telah menerima pelbagai komen peminat yang rata-ratanya berkongsi tentang pengalaman yang sama seperti dialami Wawa.

IKLAN

Tidak kurang juga ada yang memberi nasihat dan juga komen mengusik kepada anak kesayangan pasangan selebriti Wawa dan Aeril Zafrel itu.

Farahoney78 : “Siannya attar. Abish xhensem xde gigi.”

 

 

Nasha_aljunied : “Anak saya pun sama sis. Masa umur 4thn kene cabot 14 gigi serentak. Kira day surgery, kasi tido thn doc keje kan gigi dia. Now da 9 thn masuk blm penuh lagi keluar adult tooth dia. Insya Allah, ada hikmah kot doc nk buat gitu. Sbb if kita simpan gigi tu, n air liur yg dia telan mengandungi kuman dari cavity tu, tak sihat untuk jantung.”

 

 

Sis_diah : “Kena masuk ward masa anak saya buat dulu..kena cabut smua gigi n jahit. Wawa Zainal, tak per nanti tumbuh gigi baru.Lepas tu jena jaga yer..botol susu minum habis cabut basuh terua..jagan bagi die kemam.”

Untuk pengetahuan , penggunaan botol susu yang lama termasuk memasukkan minuman bergula akan menyebabkan tindakan bakteria bakteria yang boleh merosakkan gigi.

Aeril Zafril dan Wawa Zainal berkahwin pada 25 Februari 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ahmad Fakharuddin Attar, 3, dan Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa yang baharu berusia setahun.

IKLAN