Ads

George Clooney Tolak Adegan Bercium Dalam Filem, Hormati Isteri & Usia

Aktor Hollywood tersohor, George Clooney, mengesahkan beliau tidak lagi berminat untuk melakonkan adegan ciuman atau romantik bersama pelakon wanita dalam filem, seiring dengan pertambahan usia serta prinsip peribadi yang dipegangnya ketika ini.

Clooney, 64, berkata keputusan tersebut dibuat selepas perbincangan bersama isterinya, Amal Clooney, selain mengambil inspirasi daripada legenda Hollywood, Paul Newman, yang pernah mengambil pendirian sama dalam fasa akhir kerjayanya.

Menurut Clooney, beliau kini lebih selesa memilih watak yang bersesuaian dengan umur dan kedudukannya sebagai seorang suami serta bapa, berbanding terus membawa watak romantik yang dianggap tidak lagi relevan.

“Saya cuba ikut jejak Paul Newman. Jadi saya tidak lagu mahu mencium perempuan dalam filem,” katanya dalam satu temu bual seperti dilaporkan oleh Daily Mail.

Ads

Tambah pelakon pemenang Anugerah Oscar itu, keputusan tersebut bukan bermakna beliau akan bersara daripada dunia lakonan, sebaliknya ingin memberi fokus kepada watak-watak yang lebih matang dan bermakna, termasuk genre drama, thriller dan filem berunsur kemanusiaan.

BACA JUGA: Pemurah Sungguh! George Clooney Hargai Jasa 14 Teman Baik, Hadiahkan Wang Tunai Berjumlah 1 Juta Dollar Setiap Seorang

Ads

Clooney turut menegaskan bahawa pendiriannya itu bukan disebabkan tekanan industri atau permintaan mana-mana pihak, tetapi lahir daripada kesedaran sendiri tentang perubahan fasa kehidupan yang dilaluinya.

Untuk rekod, Clooney mendirikan rumah tangga bersama Amal Alamuddin pada 2014 dan dikurniakan sepasang anak kembar. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, beliau dilihat semakin selektif dalam memilih skrip dan lebih aktif sebagai penerbit serta pengarah.

Ads

Imbas kembali, Clooney memulakan kerjaya sekitar tahun 1978 namun beliau benar-benar mencipta nama dalam dunia lakonan menerusi watak Dr. Ross Doug dalam siri perubatan popular, ER.

Menambahkan lagi kehebatannya, bapa kepada dua cahaya mata ini  pernah menang anugerah Oscar & Golden Globe bagi kategori Pelakon Pembantu Filem Lelaki Terbaik pada tahun 2006 menerusi lakonan hebatnya menerusi filem Syiriana.

++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi TikTok, Instagram, Facebook & Telegram Media Hiburan 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Pelakon Dan Pelawak Terkenal, Amy Schumer Sah Berpisah Dengan Suami Selepas...

Pelakon dan pelawak terkenal Hollywood, Amy Schumer, mengesahkan perpisahannya dengan suami, Chris Fischer, selepas lebih tujuh tahun mendirikan rumah tangga.Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh...
error: Hello. Cannot.