“Genap 7 Tahun Arwah Mama Pergi,”- Aprena Manrose Luah Rasa Rindu Dengan Allahyarham Ibu, Pelakon Rosnah Mohd Noor

Share

Pelakon Aprena Manrose meluahkan rasa rindu terhadap arwah ibunya, Rasnah Mohd Noor yang telah pergi mengadap Illahi.

Jelasnya, arwah ibu genap tujuh tahun meninggal dunia beberapa hari lalu.

“Harini (4/8/2020, Waktu tengahari), genap 7 tahun arwah mama pergi tinggalkan saya di dunia buat selama-lamanya.

“Semoga kita dapat jumpa Di syurga ma,” tulisnya.

Pada masa sama, bintang Tiada Arah Jodoh Kita ini turut meminta peminat mengirimkan doa dan bacaan Al-Fatihah buat Allahyarham.

“I miss you so much! Minta jasa baik semua kirimkan Alfatihah buat Rasnah Binti Mohd Noor Dan semoga dia bersama dengan orang-orang yang beriman.

“Gmbr ni masa dia kahwin for the second time, cantik kan mama saya #sentiasadalamhati,” tulisnya lagi.

Sekadar informasi, Aprena merupakan anak kepada penyanyi dangdut, Iwan Syahman dan Allahyarmah Rosnah Mohd Noor, pelakon era 80-an.

Aprena juga mempunyai seorang abang dan adik perempuan, Oktovia Manrose yang turut aktif dalam dunia lakonan.

Foto: Instagram Aprena Manrose

IKLAN