Genap 7 Hari, Yatt Hamzah Pilih Nama Suci Hawa Zulaikha Buat Anak Bongsu. Ini Sebabnya…

Share

Genap tujuh hari kelahiran cahaya mata keempat, Yatt Hamzah kini mendedahkan nama penuh anaknya itu.

Ia berikutan kerana mahu mengikut sunnah agar memberi nama pada bayi yang memasuki usia tujuh hari.

“Assalamualaikum wbt.
Bismillahirrahmanirrahim.
Sempena mengambil keberkatan Sunnah menamakan anak pd hari ke 7, Bonda dgn rendah hati berkongsi nama Puteri ke 4 yg hari ini telah genap 8 hari usianya, iaitu SUCI HAWA ZULAIKHA BINTI MOHAMMAD ZULFADHLI,” kongsinya.

Malah, Yatt atau nama lengkapnya Haryati Hamzah turut berkongsi maksud di sebalik pemilihan nama yang diberikannya itu.

“Nama yg baik bersempena dg nama IBU kita semua iaitu HAWA isteri Nabi ADAM AS, juga nama wanita yg dikatakan isteri Nabi YUSOF AS iaitu ZULAIKHA.

“SUCI pula membawa maksud kudus, bersih, harum & baik juga bersamaan dg nama awal ketiga2 kakaknya.

“Mudah2an akhlak & keperibadian anak Bonda ini secantik dan seindah namanya.. Semoga maksud namanya yg baik itu menjadi doa buatnya seumur hidup.. Mujahidah Solehah In shaa Allah.. Aameen.

“Sunat diberikan nama kepada anak pada hari ketujuh kelahirannya.
Hadith Nabi SAW,
أنَّ النبيَّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّم أَمَر بِتَسمِيةِ المَولودِ يومَ سابِعِه
Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi SAW memerintahkan untuk memberikan nama kepada bayi yang baru dilahirkan pada hari ketujuh daripada hari kelahirannya”,tulisnya.

Terdahulu, Yatt telah selamat melahirkan Suci Hawa Zulaikha pada 30 Disember lalu seberat 3.3kg.

Yatt sebelum ini pernah berkahwin dengan Abdul Mutalib Shukor dan dikurniakan anak, Suci Hanania Malika, 8.

Yatt kemudiannya berkahwin dengan Mohamad Zulfahdli Khairuddin pada Februari 2016.

Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata Suci Humaira Iqlima, 4, dan Suci Hayfa Medina,2 tahun.

Foto: Instagramn Yatt Hamzah

IKLAN