Genap 7 Hari Lahir, Fakhrul UNIC Dedah Wajah Penuh & Nama Anak. Beri Nama Muhammad Ayyash

Share

Menjadikan tarikh 2 Disember menjadi tarikh istimewa buat penyanyi nasyid, Fakhrul UNIC kerana telah menimang cahaya mata kedua.

Malah, Fakhrul turut mendedahkan wajah penuh bayi lelaki yang dilahirkan seberat 3.66kg itu.

“Action kameee, baby zaman skrg mana layan bedung2 kan?

“Bismillah, harini baby dh ckup 7 hari..sian, 3 hari dh kena tinggai hihi. Sunnah bg nama dah. kalo ikut abg muqri dia suruh letak CR7,”tulisnya.

Fakhrul yang pernah menyertai program komedi Astro, Muzikal Lawak Superstar menerusi kumpulan UNI turut mengumumkan nama bayi lelaki berkenaan.

“Berkat bumi madinah, sy namakan dia ‘Muhammad Ayyash Bin Fakhrul Radhi’ sempena nama sahabat nabi SAW.

“Nnti korg carilah kisah hebat dia. Doakan ayyash jd anak soleh ok. Hadiah jgn lupa,” kongsinya.

Terdahulu, bayi lelaki itu dilahirkan pada 2 Disember lalu.

Imbas kembali, Fakhrul telah mendirikan rumah tangga dengan Siti Syahirah dan dikurniakan dua orang anak, Muqri dan Waffa.

Foto:Instagram Fakhrul

IKLAN