Genap 7 Hari, Chef Naem Perkenal Nama Anak Sulung – “Adra Humairah Muhd Naim, Moga Jadi Anak Solehah…”

Share

Hos dan chef selebriti, Chef Naem berkongsi nama serta figura anak perempuan sulungnya di Instagram.

Selepas genap seminggu dilahirkan, Naim dan isterinya, Nurul Syazwani Zulkaffli sepakat memilih nama Adra Humairah Muhd Naim.

“Adra Humairah Muhd Naim, semoga awak menjadi anak yang solehah sayang,” tulisnya ringkas pada satu pautan foto yang merakamkan foto kecil mereka sekeluarga.


Terdahulu, Naem berkongsi berita gembira apabila isterinya telah pun selamat melahirkan permata hati sulung pasa 23 Oktober lalu kira-kira ham 4.10 petang.

“Alhamdulillah. tepat jam 4.10ptg 23/10/2020 puteri sulung kami selamat dilahirkan dengan berat 3.5kg.

“Terima kasih atas ucapan dan doa kalian semua. semoga kalian semua dimurahkan rezeki. aminn,” tulisnya.

Sekadar imbasan, Naem dan pasangan mendirikan rumah tangga pada 10 Ogos 2018 di Jempol, Negeri Sembilan.

IKLAN