Penyanyi Stacy atau nama Islamnya, Ummu Shaikhah Stacy Anam mengakui suami yang juga penyanyi, Akim Ahmad antara insan yang banyak menjentik hatinya untuk mendekati agama Islam.
Menurut Stacy, pendekatan suaminya bercerita mengenai keindahan Islam kepadanya juga cukup santai dan tidak terlalu berat.
Imbas kembali, pada 24 Ogos lalu genap enam tahun usia penyanyi Stacy memeluk Islam di Jabatan Agama Islam Johor Bahru, Johor.
“Dulu sebelum memeluk agama Islam, saya seperti tiada agama sebenarnya. Hidup lebih berpaksikan cara membesar, apa yang dilihat dan didengari.
“Namun selepas enam tahun berkawan dengan Akim, banyak gerak hati untuk tahu apa itu Islam banyak didoronginya. Cara dia bercerita hal agama Islam nampak ringan dan tidak terlalu ‘direct’.
“Pendek kata apa yang terpacul dari mulutnya membawa ke satu siri penceritaan menarik,” kata ibu kepada dua cahaya mata bernama Bella De Luna Valentina, 8, dan Eshaal Afiq Hakim, 4 itu.
Malah hubungan baik yang terjalin ketika itu juga mendorong penyanyi lagu Pelangi Senja itu terus mendekatkan diri dengan agama Islam.
“Siapa sangka keakraban kami, termasuk cara saya jadi dekat dengan Islam menerusinya terus menguatkan jodoh kami.
Ads
“Pada 26 September 2015, kami bertunang, seterusnya 5 Februari 2016 kami bernikah di sebuah hotel di Sabah,” katanya.
Stacy mengimbas detik penghijrahan dan pernikahannya ketika menjadi tetamu program bual bicara dalam talian, Bersama Tya, baru-baru ini.
Dedah Stacy kepada hosnya, Tya Arifin, antara detik paling bermakna dikenang hingga saat ini ialah ibu bapanya juga hadir ketika dia memeluk Islam.
Bagaimanapun, momen tersebut pernah menjadi tular dan sensasi apabila penyebaran gambar serta video proses pengislaman dirinya.
Ads
“Saya rasa momen pengislaman jadi sangat sempurna apabila ibu bapa ada di sisi merestui keputusan paling besar dilakukan anak mereka.
“Awalnya hanya ibu bapa saya saja tahu keputusan memeluk Islam ini. Tapi adik beradik lain dan saudara mara belum diberitahu lagi. Apabila viral gambar dan video itu, jadi kecoh.
“Tapi Akim suruh saya bersabar dan relaks dengan apa yang terjadi,” katanya.
Dia pada masa sama mengakui, hatinya bagai melalui satu episod yang cukup dasyat sebelum melafazkan dua kalimah syahadah.
Ads
“Jujur ketika itu, hati saya jadi takut sangat dengan keputusan berkenaan. Hingga saya mempersoalkan dalam diri, apakah betul keputusan yang dibuat itu.
“Saya macam berperang dengan diri sendiri. Hingga terpacul rasa apakah sampai tahap perlu meninggalkan keluarga sendiri untuk agama Islam.
“Tapi akhirnya, takdir hidup saya memilih Islam sebagai agama yang satu. Saat selesai melafazkan kalimah itu, kelihatan ibu bapa saya tersenyum dan gembira.
“Ketika itu saya sedar, perasaan bukan-bukan itu hanya mainan emosi,” katanya yang masih belajar untuk menjadi insan terbaik.
“Saya masih belum sempurna. Namun, dalam hati sentiasa berusaha untuk ke arah yang lebih baik,” katanya lagi.
Program Bersama Tya bersiaran secara langsung setiap Isnin, Selasa dan Rabu jam 10 malam di ‘Instagram Live’ sejak 14 Jun lalu.
Ia kemudiannya turut dikongsi di pelbagai platform termasuk di ‘feed’ Instagram dan dimuat naik di saluran YouTube Tya Arifin.
Foto: Instagram Stacy
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Genap 30 hari pemergian Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, satu rakaman video masakan telah dimuat naik di akaun Instagram milik arwah baru-baru ini.
Ia sebagai dedikasi kenangan buat peminat tersayang.
Video berdurasi lebih tiga minit itu merakamkan cara-cara arwah menyediakan hidangan Ikan Kerapu Masak Cili dengan caranya tersendiri.
“Genap 30 hari pemergiaan arwah. Antara kenangan-kenangan yang masih tersimpan kami kongsikan dengan semua yang merindui beliau. Alfatihah (dibaca),” tertera sebagai kapsyen.
Perkongsian yang mendapat lebih 900,000 tontonan itu turut menerima ribuan komen dari wargamaya.
Semoga Allahyarham beroleh ganjaran pahala kerana berkongsi ilmu masakan kepada ramai yang mahu mencuba resipi yang disediakan, InsyaAllah.
Allahyarham Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat COVID-19 pada jam 5.13 pagi, 9 Ogos.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, jam 1.20 tengah hari, pada hari sama.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Isteri kepada pelakon, Nazrief Nazri iaitu Aziatul Aqma berkongsi khabar mendukacitakan selepas memaklumkan anaknya yang kini baru berusia dua bulan telah pun disahkan positif wabak Covid-19.
Khabar mengejutkan itu dikongsikan sendiri oleh Aqma menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di ruangan Instagram stories.
Menurut Aqma, pada awalnya, dia dan suami hadir ke hospital untuk menjalankan proses berkhatan untuk anaknya namun, prosedur tersebut terpaksa ditangguhkan akibat jangkitan wabak berkenaan.
“Suppose to do circumcision today for Noah buat sadly my Noah disahkan positif Covid-19. Qema dan husband negative.
“Noah kuat sangat. Buat PCR semalam tak menangis langsung sampai doktor pun pelik and noah takde simptom just berkahak sikit je.
“And still my Noah tak meragam or menangis. Mommy je yang menangis bila dapat tahu,” tulisnya.
Bagaimanapun, Aqma yang juga merupakan usahawan memaklumkan dia dan suami negatif wabak tersebut.
Dalam pada itu, Aqma turut menegur beberapa individu yang didakwa tidak menitik beratkan mengenai soal prosedur operasi standard yang telah ditetapkan.
“Doakan Noah cepat sihat ye Aunty. Lepas tu nak pesan, nurse kalau jalankan tugas, please follow SOP. Saya faham nurse geram dengan Noah tapi situation sekarang bukan masa untuk geram dan gomol baby sesuka hati.
“Tak cukup dalam bilik, dekat counter nak bayar bills pun nurse datang pegang-pegang Noah. Nasib mommy cepat-cepat buat muka ‘bitchy’ time tu. Rasa nak ikat nurse dekat pokok ada kerengga je sekarang ni,” luahnya lagi.
Dikesempatan itu juga, Aqma memohon jasa baik semua untuk sama-sama mendoakan agar anaknya itu lekas sembuh.
Terdahulu, Aqma telah pun selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka pada tanggal 21 Julai lalu.
Dia dan Nazrief mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 15 November 2019.
Sumber: Instagram Aziatul Aqma & Nazrief Nazri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat dan suaminya, Nabil Mahir mendedahkan mereka masih belum mempunyai nama buat puteri sulung yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.
Bagaimanapun, pasangan selebriti ini sudah pun mempunyai beberapa nama sambil mengharapkan agar nama yang dipilih itu akan membentuk sahsiah yang baik buat puteri mereka.
“Kami sudah ada beberapa senarai nama, akan tetapi belum ‘decide’. Masih tak tahu lagi nama apa yang akan diberikan. Huruf pun lain-lain, tiada istilah tiba-tiba ada abjad A dengan N ke (Ayda dan Nabil) atau seumpamanya.
“Selalunya ada anak orang lain yang menggabungkan nama. Cuma kami belum pilih, tiada apa yang boleh dikongsikan mengenai perkara itu.
“Nama itu pun adalah sebutan, doa juga. Jadi bila kita faham dan tahu apa maksud termasuk nama samaran itu… biarlah yang baik,” kata mereka.
Ayda dan Nabil ditemui pada sesi pengumuman jantina bayi yang dilangsungkan secara atas talian, baru-baru ini.
Sementara itu, mereka turut mengakui ahli keluarga lain juga tidak mengetahui dari peringkat awal mengenai jantina anak yang dikandung Ayda.
“Ahli keluarga tidak tahu daripada awal mengenai jantina bayi. Malah barangan kelengkapan bayi yang dibeli kami akan cuba sorokkan. Memang terpaksa berahsia.
“Rasa bersalah juga sebenarnya apabila ada ketika bapa mertua ada bertanya dan kami cakap kena tunggu. Malah sesi tersebut juga dibuat saat akhir dan kami sekeluarga dekorasi sendiri,” kongsi Ayda.
Terdahulu, penyanyi lagu Mata itu dijangka bersalin pada 8 Oktober depan, namun kerana memilih untuk menjalani pembedahan, dia akan bersalin dua minggu lebih awal daripada tarikh jangkaan.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu di Masjid Al-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail selepas mengikat pertunangan secara dalam talian pada 28 April tahun lalu ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Foto: Instagram Ayda Jebat, Nabil Mahir
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan aktivis seni, Datin Seri Umie Aida menzahirkan rasa sedih atas pemergian suami kepada rakan artis, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, Allahyarham...