Genap 5 Tahun Kahwin, Isteri Fad Bocey Hadiah MacBook Pro. Tapi Fad Tanya – “Macam Mana Nak Pakai Benda Alah Ni?”

Share

Kink genap lima bahtera perkahwinan pelawak, Fad Bocey dan isteri tercinta, Nur Syahirah Rahman.

Bagi menghargai ikatan kasih sayang sebagai suami isteri, Syahirah telah menghadiahkan sebuah MacBook Pro kepada Fad.

Malah, Fad atau nama sebenarnya, Muhammad Fadzlie Mohd Nizam turut memaklumkan, hadiah tersebut bersempena ulang tahun perkahwinan dan hari jadinya.

“Alhamdulillah, rezeki dari cinta hati ku @syaheeraarahman, hadiah birthday dan anniversary katanya..esok 14/3 genap 5 tahun kite bersama.

“Alhamdulillah, ya Allah kekal kan kebahagiaan ini hingga akhir hayat kami, amiin.

“Nasib bagi hadiah hari ni,ingt jgk esok 14hb, kalau terlupe tarikh ni mungkin esok lain cerita dan hadiahnya.

“Satu lagi nak tanya,macam mana nk pakai bende alah ni yee?? Doakan yang baik2 buat keluarga sy ye..sy pon sentiasa mendoakan anda semua,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, peminat turut tidak lekang mendoakan kebahagian perkahwinan pasangan selebriti semoga kekal hingga jannah.

Terdahulu, Fad dan Syahirah mendirikan rumah tangga pada 14 Mac 2015.

Pasangan itu dikurniakan anak kembar lelaki , Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan serta seorang anak perempuan, Nur Aminah Mishall.

Foto: Instagram Fad Bocey

IKLAN